,
Laman Utama

"Ini Bukan Twitter Rasmi Saya" - PU Riz Nafi Buka Akaun Baru

Zulaikha Yusof
29/03/2021
02:26 MYT
Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, tampil menafikan mengenai akaun Twitter palsu yang telah menggunakan namanya, @hrisbismail_.
Menurut Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berkata itu bukan akaun rasmi miliknya.
"Ini bukan akaun (Twitter) rasmi saya," tulisnya secara ringkas menerusi sebuah entri di Instagram Stories.
Sejak pagi Ahad, perkara itu menjadi bualan netizen kerana ciapan yang dikongsikan adalah kata-kata romantis serta tanda pagar #SayangHarisSeorang.
Difahamkan, akaun itu baharu sahaja diaktifkan sebaik PU Riz sah bergelar suami kepada selebriti popular Neelofa, 33, kelmarin.
Menerusi pemerhatian Gempak, akaun tersebut sudah dinyahaktifkan selepas PU Riz membuat pencerahan.
Pada Sabtu lalu, PU Riz dan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah tersebut telah diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Haris selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor.
BACA: Neelofa, PU Riz Selamat Diijabkabulkan, Mas Kahwin Jadi Sorotan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

gempak
11/11/2024
07:55 MYT
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.
Hiburan

Sering Berkongsi Petikan Islamik & Ulas Isu Semasa, Haris Ismail Komen - “Hanya Sekadar Perkongsian, Tidak Kena Mengena Dengan Sesiapa”

gempak
23/10/2024
03:25 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menegaskan perkongsian petikan Islamik dan ulasan isu semasa yang dilakukan olehnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Unitar