Penyanyi rapper terkenal, Waris menganggap penglibatannya di dalam filem Didi & Friends The Movie seperti merealisasikan impian anak-anaknya.

Menurut Waris, dua orang anaknya, Mudassir, 7, Tihani Izz Nina, 5, telah meminati siri animasi itu sejak kecil lagi dan bangga apabila dia terlibat sebagai penyumbang suara untuk watak Torra.

“Pada saya, ini adalah doa anak-anak yang dimakbulkan lah. Ini keranasejak lebih setahun yang lalu mereka sendiri yang nak tengok saya dalam siri animasi ini.

“Sejak kecil lagi mereka meminati Didi & Friends dan saya sebagai bapa menyokongs erta sudah berhabis banyak untuk merchandise dan permainan animasi ini.

“Bila saya dapat tawaran ini saya terus lihatw ajah anak-anak saya dan terkejut kerana dia mereka dimakbulkan,” katanya kepada Astro Gempak.

Waris ditemui ketika Tayangan Media Didi & Friends The Movie yang berlangsung di GSC, The Starling, Damansara baru-baru ini.

Selain Torra, watak-watak baharu yang menampilkan selebriti terkenal tanah air untuk alih suara adalah Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut, seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee) dan Ruminah Sidek (Nek Kura).

Mengulas mengenai wataknya, Waris memberitahu dia dapat menghayati dengan baik kerana ia dekat dengan dirinya sebagai seorang bapa.

“Ini pertama kali saya berpulang menjadi selebriti alih suara untuk watak animasi. Bila dah tengok file mini keseluruhan macam tak percaya pula.

“Mengenai watak itu saya dapat menjiwainya kerana saya juga ada keluarga dan pernah bimbang akan anak yang dijangkiti Covid-19.

“Jadi saya faham bagaimana perasaan bapa sanggup buat apa sahaja demi mencari penawar untuk pulihkan anak yang sakit,” kongsinya.

Selain itu, watak baru yang lain juga dilihat dalam filem ini adalah Geng Torra - Sumbu, Spy-Ken, Geng Pangobots; Kesatria-Z – Ondok, Mitus, Galang, Zee, Hip, Tong, Blink dan Pod; Penduduk Muzika – Rakyat Muzika Lama, Orang Asal Manet, Rakyat Muzika Baharu.

Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’.

Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan- rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit.

Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.

Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini di pawagam-pawagam berhampiran yang sudah mula ditayangkan pada 23 Februari lalu.