,
Hiburan

“Ini Fasa Nabila Razali Yang Baru” - Nabila Razali ‘Unfollow’ Semua Kenalan Di Instagram

Azwa Rahman
11/06/2020
12:37 MYT
Penyanyi Nabila Razali mencuri perhatian apabila berhenti mengikuti akaun-akaun kenalan di Instagram sehingga senarai ‘following’ nya menjadi sifar.
Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella, perkara itu tidak seharusnya diperbesarkan.
“Bila insiden hari itu berlaku, ia banyak beri pengajaran pada saya tentang erti persabahatan. Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik. Kita masih ada medium lain seperti penggilan telefon serta mesej.
“Ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Tidak perlukah diperbesarkan cuma cukuplah sekadar teman-teman baik tahu saya sentiasa ada bersama mereka, itu lebih penting,” jelas Bella ketika dihubungi Gempak.
Tambah Bella, dia mahu bersikap matang dan hanya memikirkan perkara-parkara yang mendatangkan kebaikan sahaja.
“Ada juga yang perasan dan bertanya pada saya kenapa saya ‘unfollow’ mereka sejak seminggu yang lalu tapi apa yang saya mahukan sekarang, saya nak kosongkan minda dan hanya fikirkan benda-benda positif sahaja.
“Pastinya saya akan follow mereka balik nanti bila tiba masanya cuma sekarang janganlah diperbesarkan,” jelas Bella lagi.
Terdahulu, insiden yang dimaksudkan Nabila adalah persembahan nyanyiannya yang terkucil sewaktu menyanyikan lagu Peluang Kedua di program Mega Raya Ria.
Lebih memburukkan keadaan apabila ramai yang mempertikaikan kemampuan vokal Nabila dan memberikan kritikan negatif kepada penyanyi itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.