Laman Utama

“Ini Fesyen Suka Hatiku Lah”- Gaya Cik B Dikritik, Netizen Minta DSV Ambil Perunding Imej

gempak
Azwa Rahman
24/09/2020
11:30 MYT
Sponsor Banner
“Ini Fesyen Suka Hatiku Lah”- Gaya Cik B Dikritik, Netizen Minta DSV Ambil Perunding Imej
Usahawan muda Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, mencuri perhatian wargamaya apabila gaya pemakaiannya menerima teguran ramai.
Menerusi laman sosial Instagram, ibunya Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi foto terbaru anaknya itu untuk tatapan peminat.
“Tengoklah OOTD (outfit of the day) Cik B. Separuh-separuh dah. Hip hop + gils + bling dah,” tulis DSV di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, Cik B mengenakan dress kuning yang dibutangkan senget di tengah dengan inner bewarna putih serta bercelana hitam.
Tambah menarik, Cik B turut menggayakan beg berjenama mewah Christian Dior yang dipakai di bahagian depan.
Malah, Cik B turut meninggalkan ulasan tentang fesyennya di ruangan komen foto tersebut.
“Yang tak tahu ni fesyen apa, ni fesyen ‘suka hatiku lah’,” balas Cik B.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan teguran tentang imej pilihan Cik B.
Namun, tidak kurang juga ada yang memuji pemakaian Cik B dan meminta dia untuk jadi diri sendiri.
“Tiba-tiba nampak gambar ni di feed, speechless. Kesian pun ada,” komen seorang wargamaya.
“Nakal molek Cik B. Takpe Cik B, pelan-pelan. Ada duit semua boleh. Nanti dah dewasa cantik molek la tu,” sokong seorang wargamaya.
“OMG, dia perlukan perunding imej dalam kadar segera,” tegur seorang wargamaya.
“Pakai macam orang ramai ramai dah la, jangan pelik pada orang, sedih tengok,” kata seorang wargamaya.
“Datuk, upahlah penata gaya untuk Cik B,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live