Hiburan

"Ini Hak Kami, Kenapa Perlu Kongsi?" - Wakili OKU, Ras Adiba Radzi Bantah Cadangan Menteri

gempak
Amri Hassan
15/08/2018
05:42 MYT
Sponsor Banner
"Ini Hak Kami, Kenapa Perlu Kongsi?" - Wakili OKU, Ras Adiba Radzi Bantah Cadangan Menteri
Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi menyuarakan bantahannya terhadap cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang memberi kebenaran kepada golongan transgender menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya (OKU).
"Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan bantahan kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.
"Maaf kami sebulat suara tidak setuju, ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?
"Adakah YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?" tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram.
Surat terbuka kepada YB Fuziah Salleh. Assalamualaikum YB. Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan BANTAHAN kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami. Maaf kami sebulat suara TIDAK SETUJU. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya? Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan Orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan. Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu? Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini? Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah. Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami. Assalamualaikum Ras Adiba Radzi Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral. @tun_mahathir @tun_mahathir_ @tun_mahathir_ @chedetofficial @drwanazizah @hannahyeoh @fuziah99 (Signage by @thesignshed)
A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on
Kenyataan Fuziah dibuat pada Isnin lalu dan menurutnya, tindakan itu adalah jalan penyelesaian terbaik untuk golongan transgender (buat sementara waktu) sebelum mereka mendapat penerimaan sepenuhnya dari masyarakat.
Teks : Asraf Aided Sumber : Instagram Ras Adiba Radzi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live