Watak Norman Hakim sebagai Rafael dalam rancangan Sepahtu Reunion Live dengan 'fake tattoo' dibawa balik ke rumah ibu bapanya di Kuantan.

"Nahhh! Video 1st impression ayah tengok saya ber 'fake tattoo'. Macam comel je.

"ye laa sbb dia dah umur 85 tahun.Cer kalau umur dia 58, sure saya kena rembat kaw kaw punya!" tulis Norman tentang videonya bergurau bersama ayah dan ibunya.

Nahhh!! Video 1st impression ayah tengok saya ber #faketatoo ?Mcm comel je...ye laa sbb dia dah umur 85 tahun.Cer kalau umur dia 58,sure saya kena rembat kaw kaw punya!? . . Ampun ayah & makku beribu-ribu ampun,sembah anakanda harap diampun??Anakanda bergurau sahaja?Love both of u so..so..much❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Di dalam video tersebut boleh didengar ayah Norman menegurnya dengan lembut tapi tegas.

"Ini haram ni. Tak boleh bawa sembahyang. Ini syaitan punya kerja," tegur ayah Norman.

"Ampun ayah & makku beribu-ribu ampun, sembah anakanda harap diampun. Anakanda bergurau sahaja. Love both of u so..so..much," tulis Norman.