“Ini Isteri Saya. Setiap Kali Dia Muat Naik Gambar Beliau, Dia Akan Dapat 100 Followers Baru. Tapi Saya…” – Harith Iskander

Badrul Hashim
November 26, 2018 04:45 MYT
Tidak dinafikan, isteri kepada Harith Iskander sememangnya sangat jelita. Dr. Jezamine Lim bukan sahaja seorang wanita yang bijak, tetapi ibu kepada tiga orang anak ini tahu menjaga diri.
Dalam satu entri di Instagram yang dimuat naik oleh Harith, beliau berseloroh tentang isterinya yang juga merupakan CEO serta cofounder kepada The Joke Factory itu.
“She posts a photo of herself like this and gets 100 new followers. I post the same photo and 100 of my followers unfollow me to follow her,” seloroh Harith beserta hashtag #lifeissounfair.
Rata-rata pengikut Harith di Instagram terhibur dengan jenaka ringan yang dikongsikan beliau.
#Harith Iskander #Dr Jezamine Lim