Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Ini Jihad. Pergilah Kalau Itu Yang Terbaik...”- Sayu, Adik Nourul Depp Berkorban Demi Bantu Pesakit COVID-19

Syafiqah Jalal 24/03/2020 | 23:31 MYT
Pelakon Nourul Depp sedih apabila terpaksa merelakan hasrat adik bongsunya, Nurwahida Wahab yang mahu menjadi sebahagian jururawat atau ‘frontliner’ yang merawat pesakit COVID-19 yang semakin meningkat di Malaysia.
Menurut Nourul, dia percaya apa yang adiknya lakukan itu adalah satu jihad walaupun berat untuknya melepaskan.
“Bila adik kami pun mohon tukar dari department hemodialilsis ke GH untuk bantu pesakit #covid19 .
“Ini jihad. Ini pahala. Pergilah kalau itu yang terbaik. .
“Sedih lagu mana tak tau,” tulisnya.
Nourul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Nourul memuat naik paparan skein perbualannya bersama adiknya menerusi aplikasi Whatsapp.
Dalam perbualan itu adiknya memberitahu hasratnya.
Namun ia masih dalam permohonan dan adiknya masih menunggu keputusannya dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Semoga dipermudahkan adik bungsu perempuan.
“Tengoklah @kkmm_gov terima atau tidak,” katanya lagi.
Jumlah pesakit COVID-19 di Malaysia semakin meningkat setiap hari sejak Januari lalu dan kini semua rakyat perlu mengikut Perintah Kawalan Pergerakkan selama dua minggu sehingga 31 Mac ini.

Bila adik kami @anakmisi pun mohon tukaq dari dept hemodialilsis ke GH untuk bantu patient #covid19 ? . Ini jihad. Ini pahala. Pergilah kalau itu yang terbaik. . Sedih lagu mana tak tau. ? . Semoga dipermudahkan. @anakmisi adik bungsu perempuan. Membesaq dalam tangan kami. . Tengoklah @kkmm_gov terima ka dak. ??♥️ . #stopcovid19 #stayhome

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

#Penyanyi #Penyanyi #Nourul Depp #COVID-19
;