Penyanyi Datin Alyah menegur netizen yang tidak sensitif dengan foto yang dimuat naik bersama usahawan kosmetik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.

Menurut Alyah individu tersebut lebih prihatin tentang solekannya daripada tujuan entri tersebut.

Di samping itu, pelantun lagu Jutaan Purnama berharap netizen itu belajar memahami erti kesedihan orang lain.



Rata-rata pengikut Alyah turut sama tidak berpuas hati serta beranggapan individu tersebut tidak mambaca kapsyen yang ditulis.




Pada hari Sabtu lalu (18 Mei), Allahyarham Faziani meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar Kelantan pada hari yang sama.

Al fatehah ??? Tergamam....patut dia tak reply dah.

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on