Aktres jelita, Nur Fazura menafikan desas-desus penampilannya dan suami, aktor Fattah Amin sebagai penyampai trofi di Festival Filem Malaysia 30 (FFM 30) Sabtu lalu adalah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur.

BACA: "Ini Adalah Tuduhan Yang Berat Kerana Sebagai Selebriti Yang Sudah 17 Tahun ....." - Fazura Nafi Letak Syarat Tampil Bersama Fattah Amin

Fazura turut mendakwa dia menerima mesej melalui kiriman WhatsApp daripada rakan penyampai, pengarah dan pelakon Datuk Hans Isaac yang menyatakan rasa kecewa atas apa yang berlaku, terutama permintaan Fazura untuk digandingkan dengan Fattah yang disifatkannya tidak mengikut tema slot berkenaan.

Dalam pada itu, Hans menegaskan kiriman mesej yang dihantar kepada aktres Fazura adalah bersifat peribadi.

BACA: Didakwa Kirim Mesej Rasa Kecewa Terhadap Fazura, Ini Penjelasan Hans Isaac

Rentetan dari perkara terbabit, Astro sebagai stesen penyiar rasmi FFM30 masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan kesemua yang terlibat.

"Kami sedia maklum mengenai kontroversi yang tercetus di antara Fazura dan Hans tentang isu yang mendakwa Fazura meletakkan syarat untuk tampil dengan Fattah sebagai penyampai trofi di pentas FFM30 baru-baru ini.

"Selaku stesen penyiar rasmi Anugerah FFM30, perancangan rapi yang mengambil kira segala kebarangkalian telahpun dilakukan demi memastikan kelangsungan program ini kerana pihak kami mahu bekerjasama dengan semua yang terlibat tanpa ada sebarang prejudis.

"Bagi menjawab pertanyaan media, kami masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan kesemua yang terlibat termasuklah FINAS untuk meneliti semula perkara ini.

"Justeru, kami berpendapat adalah tidak manis untuk kami mengulas lanjut mengenai isu ini kerana masih belum ada kata putus yang diambil," kata Namanzee Harris selaku Ketua Bahagian Kandungan Astro.

Berlangsung pada Sabtu lepas di di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), FFM30 telah menobatkan One Two Jaga sebagai Filem Terbaik.