Ini Khabar Terkini Dari Pasha Ungu Di Kawasan Tsunami, Palu
Amri Hassan
29/09/2018 06:42 MYT
29/09/2018 06:42 MYT
Jaringan telekomunikasi yang terjejas dan bekalan elektrik yang terputus di lokasi berlaku bencana tsunami dan gempa bumi di Palu, meresahkan keluarga vokalis kumpulan Ungu, Pasha sejak semalam.
Bagaimanapun, menurut anggota kumpulan Ungu, Makki, Pasha kini dalam keadaan baik-baik sahaja.
Makki mengakui sukar untuk menghubungi Pasha.
"Dapat tahu ada gempa bumi di Palu dan group Whatsapp kami berlima sudah sedia maklum.
"Enda (Ungu) sudah bercakap dengan Pasha, katanya dia baik-baik saja," katanya memetik laporan Kompas.com.
Difahamkam, seperti yang dipetik dari media tempatan, Pasha berada di Palu ketika gempa bumi dan tsunami itu terjadi.
Bagaimanapun, Pasha dikatakan berada dalam keadaan baik berdasarkan maklumat dari kumpulan Whatsapp rakan-rakannya.
Dalam pada itu, beberapa pembekal jaringan telekomunikasi di republik itu dilaporkan masih dapat menghubungkan pengguna di kawasan bencana tersebut, meskipun tidak stabil.
"Sampai sekarang belum dapat berkomunikasi, terputus komunikasinya," kata bapa Pasha, Syamsudin, seperti yang dilapor portal detiKHOT, pada Jumaat.
Syamsudin juga mengatakan kali akhir dia menghubungi Pasha ialah ketika anaknya itu berada di Jakarta, tiga hari lalu.
Menerusi kemaskini Instastories Pasha semalam, penyanyi itu memuat naik dua rakaman semasa sebelum majlis yang dijadualkan berlangsung pada malam tadi.
Manakala, ruangan komen Pasha dihujani pertanyaan peminat tentang status dirinya terkini.
Agensi Geofizik Indonesia mengesahkan berlaku gempa bumi berukuran 7.7 magnitud yang mencetuskan tsunami kuat di Donggala, Sulawesi Tengah petang semalam.
Sumber: Astro Awani, Kompas