Kita sering mendengar tentang arak yang diperbuat daripada buah-buahan atau tanaman bijirin seperti buah anggur, gandum dan juga beras.
Namun, tahukah anda yang ada arak diperbuat daripada najis kanak-kanak?
Memetik hantaran yang dikongsikan oleh The Patriot Asia di platform X, arak yang diperbuat daripada najis kanak-kanak wujud di negara Korea. Arak ini dipanggil ttongsul.
Seperti tamadun Cina, tamadun Korea juga kaya dengan tradisi herba, rawatan dan makanan aneh seperti arak ttongsul ini.
Proses untuk membuat arak ini dimulakan dengan menapai najis kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun. Dikatakan yang disebabkan proses penapaian, bau najis akan menjadi lebih tengik.
Kemudian, tapaian najis itu akan dicampur dengan beras pulut, beras biasa dan yis untuk lalui fasa tapai arak.
Arak ini didakwa mampu merawat radang dan melegakan kesakitan. Kadang-kala, tulang kucing ditambah untuk menjadikannya lebih bertonik. Difahamkan rasanya persis soju biasa, tetapi mempunyai sedikit bau najis.
Selain najis kanak-kanak, ada juga yang menggunakan najis haiwan seperti najis ayam dan anjing.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.