Terkini

Ini Kisah Pelajar Tahfiz Yang Tidak Dijemput Pulang Ke Rumah Oleh Keluarga Meskipun Cuti Sekolah Telah Bermula

gempak
Izwan Isa
01/03/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Ini Kisah Pelajar Tahfiz Yang Tidak Dijemput Pulang Ke Rumah Oleh Keluarga Meskipun Cuti Sekolah Telah Bermula
Satu hantaran di akaun Facebook sebuah sekolah tahfiz viral dalam kalangan netizen apabila seorang pelajarnya yang dikatakan tidak pulang ketika cuti sekolah kerana tidak dijemput oleh keluarga.
Menerusi hantaran sama, dilihat pelajar itu sedang termenung sambil duduk di kerusi berseorangan di kawasan sekolah yang dipercayai telah kosong tanpa kehadiran pelajar.
Memetik laporan New Straits Time, pengasas sekolah berkenaan berkata, pihak sekolah cuba untuk menghubungi keluarganya, namun gagal kerana difahamkan si ayah telah menukar nombor telefon.
“Pelajar itu datang daripada ibu bapa yang telah bercerai, dan bapanya yang memiliki hak jagaan telah menghantarnya ke sini.
“Sebelum ini, ayah pelajar itu akan datang dan menjemputnya untuk pulang. Namun, kali terakhir pelajar itu berjumpa ayahnya adalah pada Hari Raya Aidil Adha tahun lalu. Sejak itu, mereka tidak berhubung lagi,” katanya.
Pengasas sekolah itu menambah, agak sukar untuk mencari kediaman bapanya memandangkan individu berkenaan menetap di rumah sewa dan sering berpindah randah.
Dalam masa sama, dia juga menzahirkan rasa kecewa kerana pelajar itu diabaikan sungguhpun masih mempunya ibu dan bapa.
“Sungguhpun ada pelajar yatim piatu di sini, sanak saudaranya masih berhubung dan bertanya tentang keadaan mereka,” katanya.
Terdahulu, hantaran tersebut turut tular di platform X dan ramai yang memberi cadangan supaya melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa.
Sumber: Facebook, Platform X dan NST

BERITA TRENDING: Pengurus Tahfiz Ditahan Gara-Gara Kurung Isteri Ketiga Di Inap Desa

BERITA TRENDING: Pusat Tahfiz Hampir Siap Sepenuhnya, Vida Letak Nama 2 Arwah Anak - “Tahfiz Ini Ditanggung Sendiri Oleh…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live