Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Lima Kes Penipuan Popular, Yang Last Tu Paling Tak Sangka

Gempak
11/06/2024 11:55 MYT
Apa sahaja yang berkaitan dengan kekayaan, status sosial dan populariti pasti menjadi perhatian masyarakat.

Maka tidak hairanlah sekiranya ada diantara mereka sanggup melakukan kegiatan jenayah termasuklah menyamar dan menipu orang ramai demi mendapatkan keuntungan.

Secara logik, pasti sukar untuk kita mempercayai bagaimana mudahnya penipuan berlaku.

Namun sindiket penipuan ini licik kerana mereka menggunakan taktik ‘menekan’ mangsa secara psikologi lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan

Tak percaya? Ini antara lima kisah penipuan yang popular:



1. Simon Leviev

Simon Leviev atau nama sebenarnya Shimon Hayut, merupakan seorang penipu terkenal dan menggunakan pelbagai identity palsu untuk melakukan kerjanya.

Simon mencuri berjuta-juta dolar daripada beberapa wanita melalui aplikasi temu janji Tinder dan mendakwa dirinya adalah anak lelaki Lev Leviev iaitu seorang jutawan serta pengasas syarikat pembuatan berlian terkemuka, LLD Diamonds.


2. Charles Ponzi

Charles Ponzi merupakan pencetus skim Ponzi yang dilabelkan sebagai berbahaya. Dalam skim Ponzi, keuntungan yang dijana bukan daripada keuntungan perniagaan, tetapi daripada pengambilan pelabur baru.

Pada tahun 1991, Charles cuba untuk mengaut keuntungan dengan membeli Kupon Balasan Antarabangsa (IRC) di satu negara, dan menukarnya dengan setem yang lebih mahal di negara lain.

Bagaimanapun kegiatannya itu menyebabkan dirinya ditahan dan didakwa dengan 86 pertuduhan penipuan surat.

BERITA TRENDING: Ini 5 Karya Kisah Adik-Beradik Paling Ikonik Yang Wajib Anda Tonton!

BERITA TRENDING: Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

BERITA TRENDING: Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

BERITA TRENDING: Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level…

BERITA TRENDING: The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene



3. Bernie Madoff


Bernie Madoff menjadi bualan dunia pada tahun 2008 kerana kegiatan menipu pelabur dan pesara yang sangat mempercayai syarikatnya.

Tindakannya itu secara tidak langsung menjadikan dirinya pelaku penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Madoff terbukti telah menggunakan skim Ponzi untuk menipu mangsanya dengan cara mencari banyak pelabur untuk menyertai mereka.

Kemudian wang yang diperoleh akan digunakan untuk membiayai pembayaran kepada pelabur sedia ada serta yuran kepada syarikat Madoff.

Pada Mac 2009, Madoff bagaimanapun mengaku bersalah atas penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah lain.

Pada Jun 2009, hakim persekutuan Denny Chin memberi Madoff hukuman maksimum penjara 150 selama tahun.


4. Anna Delvey

Anna Delvey merupakan sosialit membiayai gaya hidup mewahnya dengan cara menipu bank, hotel dan juga sahabat-sahabatnya.

Anna atau nama sebenarnya Anna Sorikin menggunakan nama Anna Delvey untuk menipu rakan dan institusi kewangan. Malah mangsa yang ditipu juga percaya bahawa wanita ini adalah seorang pewaris kaya dari Jerman.

Kisah Anna Delvey ini juga kemudiannya diterbitkan dalam siri mini berjudul Inventing Anna yang disiarkan di Netflix.


5. Adik-Beradik The Experts

Ini kisah penipuan dan rompakan yang sedang popular sekarang iaitu lima adik beradik dalam filem heist terkenal, The Experts.

Mereka adalah Farid (Datuk Aaron Aziz), Keyrol (Syafiq Kyle), Emma (Mimi Lana), Amer (Remy Ishak) dan Lan (Ray Dap Dap) yang terpaksa melakukan jenayah untuk mencuri cincin milik keluarga Lima Gading.

Cincin tersebut sepatutnya menjadi milik Bashir (Tony Eusoff), adakah misi rompakan mereka berjaya? Sama-sama saksikan dalam The Experts.

ARTIKEL PILIHAN: Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!


Berjaya atau tidak rompakan itu? Kenalah tonton filem The Experts!


Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.


Sumber: sindo.news
#Filem #Penipu #The Experts #Lima Kes Penipuan Popular
;