Laman Utama

Ini Lima Perangai Kaki Karok, Korang Yang Jenis Mana Satu?

gempak
Mya Amri
05/06/2022
09:00 MYT
Sponsor Banner
Ini Lima Perangai Kaki Karok, Korang Yang Jenis Mana Satu?
Karaoke merupakan antara aktiviti kegemaran ramai yang sering dilakukan tidak kira bersama rakan mahu pun keluarga.
Tidak hanya menjadi tempat suka-suka untuk berhibur malah ada segelintir mereka menjadikan aktiviti karaoke sebagai pelepas stress buat seketika.
Namun bagi yang kaki karaoke, pernah tak korang perasan sebenarnya ada habit-habit tertentu dilakukan sepanjang berkaraoke?
#Kaki Konsert
Yang jenis ni memang perfom habis-habisan, dari segi pemilihan lagu, menari dan siap buat persembahan guys. Silap-silap sampai berdiri atas kerusi tau.
#Rosakkan lagu orang
Ha yang ini pula sejenis bila suruh menyanyi jawapannya “tak apalah, korang nyanyi dulu”. Last-last bila tiba bahagian korus ha member masuk nyanyi sekali tiba-tiba guys.
#Yakin diri
Ini pula memang senarai lagu dia yang jenis nada tinggi je, bab tarik ha memang lah nombor satu. Soal sedap tak sedap belakang cerita. Ala lagi pun karaoke kan memang untuk kita-kita je, so kisah pulak kan heheh.
#Malu tapi mahu
Ha ni pun ramai juga ni. Masa offer nyanyi atau pilih lagu eh dia malu-malu guys. Tetapi bila dia dah pegang mic tu ha siap! Kalah yang kaki perfom tau hehehe.
#Makan lagi best
Yang ni pula jenis tak kisah, nyanyi ke tak nyanyi ke asalkan ada makanan. Lepas tu kalau dia rasa nak menyanyi kadang separuh lagu je lepas tu bagi dekat kawan sebelah, kemudian sambung makan.
Haaaaa menarik kan perangai masing-masing?
Jadi untuk yang kaki karok ada satu rancangan sesuai untuk korang.
Jangan lupa saksikan Karaoke Superstar akan bersiaran bermula 5 Jun, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, Karaoke Superstar boleg distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024