"Ini Memang Gosip Mengarut & Tak Masuk Akal" - Amelina Nafi Bergaduh Dengan Kumpulan Forteen

Rozaimi Zubaidi
November 8, 2018 03:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Amelina mengakui terkejut apabila dirinya dikatakan mempunyai masalah dengan anggota kumpulan Fourteen.
Menerusi entri di Instagram (IG), Amelina menjelaskan ada pihak sengaja cuba untuk membuat cerita dengan menumpang populariti yang ada pada mereka.
"Kak Long bergaduh dengan @official.forteen di #GegarVaganza?! Ishhhhh ni memang gosip mengarut & tak masuk akal! Ini memang saja nak cari pasal dengan Kak Long ni.
"Seriously adik-adik @official.forteen ni adalah paling akrab dengan Kak Long sepanjang 7 minggu di #GV5 ni. Dorang ni penghibur untuk Kak Long setiap kali rehearsal, make up atau ketika nak menunggu kat backstage.
"Lagipun management Kak Long sendiri rapat dengan dorang & manager budak-budak ni. Kesemua dorang ni ‘masuk air’ macam Kak Long gak, gelak je keje kitaorg kalau berjumpa. Takdanya nak stress-stress, fikir sapa nak menang ke langsung takda tau!.
"So netizen yang cakap kami bermasam muka memang saja nak create cerita! Nak tumpang populariti kitaorglah tu! Sudahhhhhhh!.
"Jangan fikir negatif lagi dah, baik kita fokus pada team masing-masing. Banyak lagi perancangan yang perlu dibuat & difikirkan lepas #GV2018 ni.
"So kesayangan semua, baik kita practice untuk tarian #Bollywood minggu ni k. Nanti bolehlah kita menari sama tau," tulisnya.
Rata-rata berharap agar Amelina fokus pada persembahannya pada minggu ini dan tidak menghiraukan kata-kata negatif yang diberikan oleh netizen padanya.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
#Penyanyi #Amelina #Penyanyi #Fourteen