“Ini Memang Setan! Meh Kita Cepuk Pengasuh Ni”- Abby Abadi

Syafiqah Jalal
Ogos 14, 2018 06:38 MYT
Semalam tular di media sosial video dua orang pengasuh taska bertindak kejam dengan memukul kanak-kanak di sebuah pusat asuhan di Melaka
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah membuat ramai netizen berang termasuklah Abby Abadi yang turut meluahkan ketidakpuasan hatinya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Abby Abadi mempertikaikan mengapa mereka bekerja sebagai pengasuh jika tiada kesabaran yang tinggi untuk menjaga kanak-kanak.
“Ini bukan kesilapan, ini memang setan (syaitan) ! Dah tahu tiada kesabaran nak jaga anak orang, kerja dekat tadika untuk apa?” tulisnya.
Abby memberitahu jika perkara yang sama berlaku kepada anaknya, dia akan melakukan benda yang sama kepada pengasuh tersebut.
“Kalau anak saya ni, saya buat benda yang sama kat pengasuh ni balik. Saya tak boleh benda-benda gini.
“Budak tu tak ada buat salah apapun! Kalau pun ada salah, siapa kau nak pukul anak orang macam tu? Mak bapa anak-anak ni meh ajak kita sekali cepuk pengasuh ni. Geram ni!” luahnya lagi.
Tegas Abby diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan dia atas apa yang berlaku.
“PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nanti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja-manja, bagi lebih sikit, biar mereka tahu erti penyesalan,”katanya.
Rata-rata pengikutnya turut bersetuju serta meluahkan rasa kesal dengan tindakan pengasuh tersebut.
#Abby Abadi #Dera #Pengasuh #Taska