Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Ini Muka Saya, Tak Buat Apa-Apa Pun" - Nurfatima

Amri Hassan
10/12/2019 23:01 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Nurfatima terkejut apabila penampilannya masih disamakan dengan penyanyi Dayang Nurfaizah.

Malah, pada siaran langsung konsert ke-9 GV2019 Ahad lalu, juri jemputan pun tersasul memanggil Nurfatima dengan nama Dayang.

Menjawab situasi tersebut, kata penyanyi yang popular dengan lagu Selembut Sutera itu dia menganggap persamaan yang wujud hanyalah kebetulan.

"Ya saya terkejut juga tetapi mujurlah Jihan dapat mengawal situasi itu dengan baik.

"Inilah muka saya sebenar, tak ada buat apa-apa pun. Ini semulajadi.

"Cuma apa yang saya suka pakai mungkin ada sedikit persamaan dengan citarasa Dayang. Saya pun tak tahu nak komen apa sebab saya sayang Dayang!

"Tak ada sekelumit niat pun nak tiru dia malah muzik kami pun lain-lain. Mungkinlah daripada segi rupa nampak hampir sama kalau dari jauh," jelasnya kepada Gempak.

Nurfatima menganggap situasi yang terjadi beberapa kali sepanjang kemunculannya semula di persada seni tempatan disambut baik dan tidak disalah ertikan.

"Saya menganggap perbandingan yang wujud itu daripada sudut positif dan saya harap Dayang pun tak ambil hati dengan kata-kata orang," ujarnya.

Sebelum ini pun pernah timbul cakap-cakap netizen apabila Nurfatima digayakan untuk beraksi di pentas GV2019 seakan-akan imej penyanyi kelahiran Sarawak itu.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
#Dayang Nurfaizah #Gegar Vaganza 2019 #Nurfatima