Berita baik buat ‘kaki karaoke’ yang nak lepaskan gian menyanyi. Lepas ini tak perlu risau lagi tak boleh ke tempat karaoke kerana SOP.

Habiskan masa di rumah dengan keluarga pun syok juga, lebih-lebih lagi kalau ada set karaoke yang cukup ‘smart’ canggih dengan rekabentuk yang elegan penuh bergaya!

Menarik kan idea ni? Jimat pun jimat sebab korang boleh karaoke seberapa lama yang korang nak, setiap hari pun tak apa.

Suasana mungkin tak sama dengan pusat karaoke. Cuma, dengan perkembangan teknologi sekarang yang lebih canggih, apa pun boleh jadi!

Nah! perkenalkan satu alternatif bagi korang yang suka berkaraoke iaitu… POPSICAL Karaoke!


Lagi padu, tak perlu lagi susah-susah nak setup set karaoke dengan amplifier, mikrofon, pembesar suara, dan sistem karaoke. Nak kena ada VCD lagi kan? Lecehnya!

Ucap selamat tinggal kepada semua tu, sekarang kita Popsical!

Serius memang sangat mudah untuk kita menyediakan sistem karaoke ini, Popsical telah hadir dengan Popsical REMIX yang menyediakan kemudahan mikrofon ini dalam satu set.

Setiap pembelian Popsical Remix akan dibekalkan dengan dua mikrofon, yang mana kedua-duanya dihubungkan melalui penerima UHF pada perkakasan alat ini.

Setiap mikrofon ini dikuasakan dengan dua biji bateri AA bagi memudahkan proses pertukaran bateri.
Popsical Remix masih menyediakan fungsi yang serupa seperti Popsical TV dengan menyediakan lebih 230,000 buah lagu dengan 14 bahasa! Wowwww!

Alat ini dihubungkan kepada WiFi atau ethernet, dan kemudiannya boleh dikawal melalui telefon pintar Android atau iPhone.

Lagu yang disediakan adalah berasaskan awanan, jadi ia sentiasa dikemaskini bagi menyediakan lagu terkini kepada pengguna.

Tunggu apa lagi? Sekarang Popsical ada promosi best untuk pelanggan Astro sehingga September ini sehingga stok masih ada.

Menerusi promosi ini pelanggan Astro boleh mendapatkan set Popsical Remix dengan harga ekslusif iaitu, RM1,299 (harga retail RM1,499) dan menerima 3 bulan langganan secara percuma!

Ada lagi, korang juga akan dapat set HDMI PERCUMA bernilai lebih RM49.99 dan kabel AUX sehingga kabel RCA berharga RM30.

Set Popsical Remix didatangkan dengan Popsical, Karaoke video streaming device dan dua buah mikrofon tanpa wayar.

Yang lagi WOW! Popsical juga memperkenalkan satu aplikasi yang boleh dimuatturun di telefon bimbit di mana ia adalah satu aplikasi karaoke generasi akan datang yang berasaskan awan yang mempunyai kesemua fungsi seperti set karaoke tradisional!

Lepas tu bolehlah sambung speaker dengan soundbar kepada AUX atau RCA dan…Boom! You ready to act like profesional singer!

Wallaweiiii…



Haaa…macam mana nak dapatkan produk canggih dan elegan ini? Ada promosi lagi tau! Jom ikuti langkah mudah di bawah:

1) Kunjungi Popsical Malaysia Store yang terletak di T-013E, tingkat 3, Mid Valley Megamall, beritahu korang pelanggan Astro dan ingin menggunakan Astro Promo ketika membuat pembelian.

2) Pelanggan Astro juga boleh melayari laman web https://popsical.com/ dan key-in kod promo ASTROXPOP21 untuk menikmati tawaran pembelian secara online!

Mudah kan?

Tunggu apa lagi? Dapatkan sekarang dan boleh plan party karaoke dengan ahli keluarga di rumah.

Tak Okey, ada Popsical barulah kara-okey!