Hiburan
Ini Pantang Larang Hanis Zalikha & Yatt Hamzah Apabila Membawa Anak Ke Khalayak Ramai
Setiap ibu bapa punyai peraturan sendiri berhubung kesihatan dan keselamatan anak masing-masing terutama apabila berada di khalayak ramai.
Bagi menjamin kebersihan, ada yang segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan individu tidak dikenali menyentuh dan mencium anak mereka.
Namun bagi Hanis Zalikha, sejak dikurniakan cahaya mata kedua, dia tidak terlalu mengawal khalayak bagi mendekati anak-anaknya.
"Apabila saya mempunyai anak kedua, saya lebih terbuka dan tidak terlalu mengawal kalau orang mahu mendekati anak-anak saya.
"Kalau dulu saya akan bagi tisu basah terlebih dahulu tetapi kini saya faham ada sesetengah kuman yang baik untuk sistem imunisasi anak. Jadi saya tak kisah sebab tubuh mereka boleh melawan," katanya.
Lain bagi Yatt Hamzah yang kurang bersetuju dengan khalayak yang terus menyentuh anak-anaknya tanpa meminta izin.
"Setakat ini di Malaysia tiada situasi orang berebut-rebut nak pegang anak tetapi biasanya pelancong asinglah yang jenis terus menggomol dan mencium anak.
"Bagi kita yang tidak tahu tahap kebersihan mereka, sudah pasti akan lebih melindungi. Keselamatan mereka paling utama bagi kita," ujarnya kepada HLive.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video