Pelakon Azhan Rani akui selama berada dalam industri seni lakonan, ni pertama kali dia berdebar berlakon dalam sebuah filem.

Filem yang dimaksudkan adalah Bikin Filem yang bakal menemui penonton di Astro First esok , 5 November 2020.

“Selama jadi pelakon inilah pertama kali aku nervous menjadi seorang pengarah filem. Semoga baik hasilnya nanti,” katanya.

Azhan berkongsi perasaaanya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik sekeping foto yang menunjukkan salah satu babak dalam filem tersebut.

Bikin Filem yang diarahkan Latiff Zami itu turut dibintangi oleh Sherry Alhadad, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi.

Azhan memegang watak sebagai Rahim G adalah seorang pengarah filem. G merupakan gelarannya yang bermaksud gila. Ia kerana pemikiran dalam pembikinan filem adalah sesuatu yang di luar kotak dan bukan pemikiran biasa. Anak pada seorang seniman negara. Tiga kali berkahwin tapi gagal kerana terlalu yakin dan berkorban masa kerja-kerja filem hingga empat ke tujuh bulan tak menjana pendapatan. Pemalu meminta wang hasil karyanya. Hidup sendiri dirumah kecil tapi penuh gaya.

Sementara itu, Sherry Alhadah pula memegang watak sebagai Khaty. Nama sebenarnya Khatijah Soud. Bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang heroin filem. Namun dia menjadi terkenal bukan sebab filem lakonannya tetapi kontroversi pelik untuk menjadi model majalah lucah Amerika dengan harapan mencipta nama. Seorang janda kaya dan menjadi penerbit. Tidak sombong tetapi cuai. Tiada ilmu filem tetapi berkeyakinan tinggi.

Watak seterusnya adalah Datu Ngah Taib yang dibawakan oleh Roy Azman. Seorang ahli peniagaan yang kaya raya dan telah bersara. Tidak mempunyai anak. Perniagaannya diuruskan oleh seorang anak saudaranya. Tenang dalam segala hal dan merasakan semua orang sepertinya iaitu pemurah.

Selain itu, Erra Fazira pula memegang watak sebagai Datin Azizah Amdan. Dia merupakan isteri pertama Datuk Ngah Taib. Seorang yang pemurah, sangat penyabar dan berperikemanusiaan. Anak seorang perkebun. Masa kecilnya hidup susah. Minat berniaga.

Azrel Ismail pula memgang watak sebagai Ijam Min yang mula berlakon sewaktu kecil secara tidak sengaja. Ayah seorang penjaga tiket wayang. Tak habis sekolah. Tidak menunjuk minat yang mendalam pada lakonan sebab menemui jalan mudah untuk jadi pelakon. Seorang model majalah remaja. berlakon hanya untuk glamor.

Seterusnya Scha Alyahya pula memegang watak sebagai Zarina Ishak. Seorang budak bijak sewaktu di sekolah tetapi tak dapat diteruskan kerana kematian ayah. 15 tahun kemudian ibunya kawin dengan seorang lelaki yang muda 3 tahun dari ibunya. Ayah tirinya sangat berminat dengannya. Zarina mangsa nafsu ayah tirinya. Ibunya halau zarina dari rumah kerana tidak percaya akan kebenaran. Zarina bersifat rehda dengan ketentuan.

Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk Dendam Berbalas kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.

Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.

Saksikan filem Bikin Filem yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First mulai 5 November ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand.

Mudah sahaja, dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.