Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Ini Reaksi Anak Murid Selepas Cikgu Pendidikan Jasmani Sado Mereka Viral!

Fiza Kamarudin
05/09/2017 14:17 MYT
“Wah! Cikgu dah viral sekarang!” Itu reaksi anak murid kepada guru pendidikan jasmani bertubuh sasa ini selepas menyedari cikgu kesayangan mereka viral di media sosial sejak semalam.

Guru berusia 23 tahun dikenali sebagai Jimmy, ketika dihubungi Astro Gempak mengakui tidak percaya dirinya tiba-tiba viral.

Jimmy atau nama sebenarnya Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar memberitahu sejak berita mengenai dirinya viral di media sosial, pengikutnya di Instagram bertambah sehingga 700 orang dan menjadikan jumlahnya hampir mencecah 65 ribu.

“Sejujurnya saya tidak sangka akan viral kerana saya bukanlah sesiapa. Saya hanya seorang tenaga pengajar seperti orang lain.

“Tiada istimewa pada diri saya ini,” katanya merendah diri.

Tambah anak kelahiran Muar, Johor ini lagi, dia selalu menghabiskan masa di gym setiap hari selepas waktu sekolah.

“Saya mengajar pada sesi petang dan saya akan ke gym pada sebelah malam. Setakat ini latihan bina badan saya tidak mengganggu sesi pembelajaran,” kata guru pelatih Pendidikan Jasmani di salah sebuah sekolah menengah di Parit Buntar, Perak ini.

Dalam pada itu, Jimmy turut berkongsi tentang penyertaannya dalam sukan bina badan pada November ini.

Selain aktif dalam sukan tersebut, Jimmy juga merupakan seorang model sambilan, pandai menyanyi dan fasih berbahasa mandarin.

What? ?

A post shared by 18 Februari 2017 - 1:20am :') (@jimmyjejai) on

biar jeritan penat lelahku terbuku disini dan pada waktu ini.. dengan harapan agar kejayaan dan kemenangan ku didengari masa depan nanti ?☝? #champslife

A post shared by 18 Februari 2017 - 1:20am :') (@jimmyjejai) on


Sumber Foto: Instagram JimmyJejai

#Viral #Viral #Berita
;