Ini Rupanya Cerita Bila Faizal Tahir Jadi Tetamu Khairul Amin, - “Bergurau Je Dekat Komen Sekali…”

Mya Amri
Mei 22, 2020 12:24 MYT
Penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir berkongsi cerita mengenai pembabitannya sebagai tetamu dalam video masakan personaliti media sosial, Khairul Amin baru-baru ini.
Menurut Faizal, dia hanya berseloroh sahaja namun secara tiba-tiba menerima tawaran daripada Amin untuk berkolaborasi dalam salah satu video masakan yang dibuat khas sempena Ramadan.
“Sebenarnya masa mula bulan puasa hari itu saya tengok resepi pertama dia, selepas itu saya bergurau dengan Amin di ruangan komen Instagramnya kalau tak silap dalam tiga empat kali berturut-turut.
“Saya berseloroh konon macam tekan loceng dirumahnya dan minta buka pintu. Selepas itu saya dapat ‘Direct Message (DM)’ dari Amin.
“Dia bertanya kalau-kalau saya mahu melakukan kolaborasi bersama-sama dengan dia sebagai tetamu ‘voice over’ untuk episod seterusnya. Jadi saya kata, okay sahaja,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, Faizal dan Amin telah berkoloborasi bersama menerusi video masakan yang menunjukkan resepi ‘Buttermilk Chicken’.
Kehadiran suara Faizal yang tanpa diduga itu ternyata menggembirakan penonton sehingga ada yang mahukan mereka berkolaborasi sekali lagi.
Selain itu, Faizal juga turut dipuji kerana sikapnya yang sangat sporting dan membuatkan video tersebut lebih ceria.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 2 juta tontonan.
#Faizal Tahir #Khairul Amin