BERITA

"Ini Sambutan Birthday Paling Bermakna" - Aliff Syukri Sambut Hari Lahir Ke-32

Asraf Aided 04/04/2019 | 06:38 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 semalam.
Perkara itu dikongsi Aliff menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Aliff, sambutan hari lahirnya tahun ini adalah yang paling bermakna kerana dihadiri oleh ahli keluarganya yang disayangi.
"Terima kasih kepada semua yang hadir, bagi saya ini sambutan hari lahir paling bermakna sekali dalam hidup dan tak akan lupa.
"Bukan sebab majlis yang hebat, tapi sebab kami ada keluarga yang cukup bahagia, sekarang saya dapat rasai nikmat erti kebahagiaan sebenar.
"Terima kasih pada wanita paling agung di dunia, mak saya Rozita Ibrahim kerana sudi datang, saya happy sangat mak ada semalam," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Aliff turut memberitahu azamnya yang mahu menjadi lebih serius dan matang dalam perniagaan di usia 32 tahunnya.
"Saya niat umur 32 tahun nak jadi lebih serius dan matang dalam perniagaan," tulisnya lagi.
#Aliff Syukri