Berita
“Ini Sangat Menyentuh Perasaan Saya…”- Raqib Majib Bantu Ibu Hamil Terputus Bekalan Ketika PKP
Penyanyi Raqib Majid akui tersentuh hati apabila mendapat tahu ada pengikutnya yang terkesan serta terputus bekalan makan selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
Raqib yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 9 (AF9) berkata dia akan cuba membantu semampu yang boleh bagi meringankan beban mereka.
“Saya tahu ramai yang terkesan dengan keadaan kita sekarang. Saya terima banyak DM (mesej peribadi).
“Ini antara yang sangat menyentuh perasaan saya… Ada lagi ke pengikut-pengikut saya yang terkesan dengan PKP ni?
“DM saya ya. Saya cuba bantu semampu saya,” katanya.
Suami kepada penyanyi Tasha Manshahar itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi antara mesej-mesej daripada pengikutnya yang meminta bantuan termasuk seorang ibu yang sedang hamil 5 minggu.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memuji sifat murni dan baik Raqib.