Pelakon Farah Ahmad yang juga balu kepada pengarah filem, Allahyarham Pitt Hanif berkongsi coretan sedih di Instagram semalam yang membuatkan pengikutnya turut berasa sebak.

Lebih memilukan apabila luahan itu ditulis bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-42 tahun.

"Allahu..hadiah paling besar Farah dapat. Farah gembira ya amat. Apa lagi seorang isteri mahu bila diberi suami syahid yang tenang kacak menghadap Illahi.

"Aku senyum sambil cakap, awak memang selalu WIN, di saat akhir awak pun WIN, Hebat!

"Awak hari ni ulang tahun kelahiran Farah. Farah berharap awak dapat bersama Farah...heheh berangan kan," tulisnya.

AWAK HENSEM ❤ @pitthanif MIRACLE FROM ALLAH #part4 ....Ku langkah 1 batu hijau sambil trk nafas dr 10kaki aku lihat sbujur tubuh. Assalamualaikum Mohd Firdaus bin Mohamad Hanif.Assalamualaikum Mohd Firdaus bt Fauziah.Yer betullah suami saya?..Subhanallah cantiknya awak, xde sedikit calar pun,kemas baju seluar muka tenang setenangnya kaki lurus tangan terletak cantik mcm selalu awak amik gambar. Awak mmg dh bsedia utk mghadap kekasih abadi.. Allahu..hadiah paling besar farah dapat farah gembira ya amat.Apa lagi seorang isteri mahu bila diberi suami syahid yg tenang kacak menghadap Illahi.Aku senyum sambil cakap , Awak mmg selalu WIN disaat akhir awak pun WIN.Hebat! Ini satu2nya suprise yg menjadi awak buat dan mmg WIN .Farah xsentuh awak sb farah xnak ganggu tugas doc slps ni.Aku mlangkah keluar, Dino suami @leylanordin iring farah di blkg & teman farah isi borang2 yg perlu diselesaikan dgn kak @ainaliza .Dhia blk hotel utk kemas brg2 syg dgn Musliha & amira & brabuss. Mhia & Thia blk ke kl dulu dgn mama h pawi.Ktorg xsempat nak mandi awak krn kelam kabut nk cepatkan urusan awak.Takpe ktorg fhm Allah nak anak2 tgk superhero hensem dgn baju baru awak.Masa proses kapas, kafankan awak farah diri sebelah.Aku bisik ditelinga arwah,awak baju awak cantik hensem wangi sangat awak.awak hensem tau.Ya Allah terima kasih memilih suamiku.Selesai pakaikan baju putih terakhir arwah kami solat jenazah.Slps solat kukuncup ku peluk arwah.Awak farah nak awak tapi Farah tahu awak hanya pinjaman.Farah happy awak dipinjamkan utk Farah.Ok jom farah bawak awak jumpa mama awak .. Awak hari ni bday Farah. Wish u with me my man...hehhe berangan kan... #part15 #prayforpitthanif #tottiespoppies #iflife #coretansikerinting

A post shared by Farah Ahmad (@ifarahahmad) on


Coretan Farah itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Disebalik kesedihannya itu, ramai yang mendoakan agar Farah terus kuat untuk meneruskan hidup dan redha dengan pemergian suaminya itu.

Pitt atau nama sebenarnya Mohd. Firdaus Mohamad Hanif, 43, dilaporkan lemas ketika keluar memancing pada 26 Oktober lalu di Sungai Jelai, Kuala Lipis, Pahang.

Mayatnya kemudian ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) keesokan harinya sebelum berita itu diumumkan oleh ibunya yang juga pelakon Fauziah Nawi.

BACA: “Jenazah Telah Ditemui Dalam Keadaan Yang Elok” – Pitt Hanif Telah Ditemui

Hasil perkongsian hidup dengan Pitt, Farah dikurniakan tiga cahaya mata berusia tujuh hingga 16 tahun.