Hiburan

Ini Sebab Alyah Suka Buat Muzik Video Di Luar Negara

gempak
Amri Hassan
06/02/2018
14:47 MYT
Sponsor Banner
Ini Sebab Alyah Suka Buat Muzik Video Di Luar Negara
Kisah Hati, Engkau Milikku dan terbaharu Jutaan Purnama antara single milik Datin Alyah yang menjalani penggambaran muzik video di luar negara.
Menegaskan pemilihan lokasi yang menelan belanja besar untuk lagu-lagu tersebut kata Alyah dia lebih mementingkan kepuasan berkarya.
"Saya berhabis RM300,000 untuk penggambaran muzik video Engkau Milikku di Ladakh, India.
"Namun saya pasrah apabila lagu itu kurang mendapat sambutan. Rasa sedikit rugilah.
"Sebenarnya saya seorang penyanyi yang suka berkarya. Disebabkan itu juga muzik video Jutaan Purnama dilakukan penggambarannya di New Zealand pula.
"Kali ini melibatkan kos RM40,000 pula," katanya yang turun padang sendiri untuk mencari lokasi menarik sebelum memulakan penggambaran beberapa bulan lalu.
Muzik video Jutaan Purnama hanya menggunakan tenaga produksi seramai tiga orang sahaja dan Alyah sendiri bertindak sebagai pengarah muzik video berkenaan.
Lagu Jutaan Purnama dicipta oleh Hael Husaini dan Ezra Kong dan muzik video lirik lagu tersebut sudah boleh ditonton di YouTube sejak tiga minggu lalu.
Dalam perkembangan lain, Alyah kini dalam proses perbincangan dengan syarikat pengeluar produk kesihatan Lime Shots untuk menjalinkan kerjasama.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @alyah81
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live