Setiap kali membelek telefon bimbit di kedai, soalan pertama yang akan kita tanya pasti mengenai kameranya!

Sebab…setiap orang pasti mahukan yang terbaik ketika merakam memori masing-masing, tak kiralah merakam video atau foto.

Kaki selfie atau yang suka mengambil gambar, anda pasti akan jatuh cinta dengan Samsung Galaxy A51 kerana:

#1 Ada Kamera Makro

Jadinya, tak ada masalah kalau anda nak mengambil gambar objek pada jarak dekat. Contohnya jika anda mendaki gunung Kinabalu, dengan Samsung Galaxy A51 anda boleh merakam foto serangga kecil dengan mudah!

Dengan adanya fungsi kamera makro, ia membantu anda untuk mendapatkan imej yang dirakam lebih jelas dan terang.

Setakat gambar jarak sehingga 40 milimeter dekat, tak ada masalah dengan Samsung Galaxy A51 ini kerana ia memiliki Makro Kamera 5 Mega-pixel (40mm) (F2.4).

#2 Skrin luas, puas main game!

Gamers! Ini berita baik buat anda semua sebab Galaxy A51 didatangkan dengan skrin bersaiz 6.5 inci iaitu skrin infinity-O dan Super Amoled.

Lepas ni main game, lagi puas lah! Skrin lebar Infinity-O dibangunkan secara berselindung di sebalik skrin telefon pintar tanpa menganggu pandangan.

Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan teknologi skrin Super AMOLED yang menjadikan paparan imej di telefon pintar anda lebih jelas dan terang.

#3 Bateri tahan lama!

Galaxy A51 didatangkan dengan teknologi bateri 4,000mAh dan direka dengan sokongan bateri adaptive yang boleh membantu mengoptimumkan keupayaan bateri untuk bertahan lebih lama.

Lepas ni tak perlu bimbang lagi kalau tak ada power bank! Anda boleh gunakan telefon pintar seharian tanpa risau masalah cepat kehabisan bateri.

Bukan itu sahaja, peranti Galaxy A51 turut mempunyai kelebihan dari aspek pengecasan pantas.

Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan Samsung Galaxy A Series terbaru ini pada harga bermula serendah RM1,299 untuk Galaxy A51 6GB dan RM1,399 untuk kapasiti 8GB. Wow! Memang berbaloi!

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai model terbaru Samsung A Series ini, layari laman web https://www.samsung.com/my.

Atau anda boleh menonton Thinker Podcast untuk lihat sendiri reviu tentang kehebatan Samsung Galaxy A51 ini!