Rasanya ramai yang adore dengan telefon pintar boleh lipat premium Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Mana taknya, kedua-dua peranti ni dibina dengan hasil rekaan dan inovasi andalan yang digemari dan diharapkan oleh pengguna Samsung (terutamanya).

Jom tengok apa yang best mengenai kedua-dua peranti ini:

Reka bentuk yang Stylo dan tahan lasak

Reka bentuk boleh lipat je dah nampak sylo gais! Memang nampak lain dari yang lain. Baik Samsung Galaxy Z Fold3 5G atau Galaxy Z Flip3 5G, kedua-duanya memiliki rekaan yang lebih padat dan kemas.

Paling best, ada peranti rintang air IPX8! Lepas ni kalau korang lepak kedai mamak tak payah risau kalau air tumpah atas meja dan terkena telefon…Chill je!

Dan…Tak payah risau kalau terkena percikan air atau terlupa nak bawa payung lagi. Air hujan, no hal la!

Selalunya benda yang paling dirisaukan oleh pemilik telefon pintar ni TERJATUH!!! Gais, Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G dibina dengan Armor Aluminium baharu —aluminium terkuat yang pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy—berserta Corning® Gorilla® Glass Victus™ yang paling utuh untuk melindunginya daripada calar dan jika ia terjatuh tanpa sengaja.

So? Best ke tidak?

Multitasking, boleh akses banyak aplikasi dalam satu-satu masa!
Sambil borak dengan kawan-kawan di aplikasi borak, korang boleh buat kerja lain juga dalam masa yang sama. Boleh balas emel penting dari bos, boleh tengok video juga tau.

Dah tentu la puas hati sebab kedua-dua peranti ni ada layar yang lebih besar. Lagi selesalah korang…Lepas tu, korang boleh terus akses aplikasi kegemaran menerusi cover screen je…Hebat!

Oh ya, untuk Galaxy Z Fold3 5G ia disokong oleh stylus S Pen. Manakala Galaxy Z Flip3 5G pula tentulah reka bentuk yang lebih stylo dan fashionable…Warna-warna yang didatangkan pun cukup menarik. Menang okay!

Ciri baharu pada kamera
Galaxy Z Fold3 5G, di bahagian skrin depan atau skrin penutup, terdapat lensa selfie 10MP. Kamera Under Display pada telefon ini beresolusi 4MP. Sementara di belakang, terdapat tiga kamera dengan ukuran yang sama, 12MP, masing-masing dalam bentuk sudut ultra lebar 123 darjah, sudut lebar 83 darjah dan lensa telefoto.

Sementara Galaxy Z Flip3 5G pula ciri utamanya adalah menggabungkan gaya dengan fungsi, jadi kamera pada peranti ini memang best tau.

Galaxy Z Flip3 5G menghadirkan ciri baru untuk kamera, salah satunya adalah mengambil gambar dan video dengan telefon tertutup. Untuk skrin, Samsung menyediakan telefon ini dengan kadar penyegaran adaptif 120Hz.


Best kan? Ada dual preview dan flex selfie, memang bonuslah untuk korang yang suka bergambar tu. Lagi satu, kepada yang suka tengok movie, Youtube Galaxy Z Flip3 5G sangat sesuai…Memang puas dengan pembesar suara stereo dan dipertingkatkan dengan Dolby Atmos®…Fuhhh!


Kalau nak lagi best…Korang boleh dapatkan Galaxy Watch4 & Galaxy Watch4 Classic dan dilengkapkan lagi dengan Galaxy Buds2

Dua model terbaru untuk jam pintar siri Samsung Galaxy Watch4 iaitu Samsung Galaxy Watch4 dan Samsung Galaxy Watch4 Classic.

Jam ni memang best tau. Korang tak perlu tekan atau cari butang di skrin ketika nak jawab panggilan tapi korang hanya perlu goyangkan pergelangan tangan.

Tak payah susah-susah. Memang cool habis!


Jam pintar Samsung terbaru ini juga dilengkapi dengan ciri yang mampu mengimbas pelbagai status kesihatan badan korang.

Korang boleh tahu kadar degupan jantung perminit, komposisi badan, stress level serta memantau kadar oksigen dalam badan.

Pada masa sekarang, memang amat penting untuk kita semua take extra precaution kan? Jangan risau, korang tak perlu selalu cas sebab baterinya mampu bertahan sehingga 40 jam.

Galaxy Buds2, kecil-kecil cili padi!
Nampak je kecil tapi power! Galaxy Buds2 ini sudah diupgrade daripada Galaxy Buds dan Galaxy Buds+.

Bayangkan kalau model terdahulu pun dah hebat, apa lagi yang terbaharu ni! Galaxy Buds2 lebih premium dengan Active Noise Cancelling (ANC). Sebab itu bila korang dengar muzik atau menonton video bunyinya lebih smooth dan padu!

Tapi...walaupun dilengkapi ciri premium seperti ANC, pengecasan tanpa wayar dan lain-lain, harganya lebih murah...Wow! Wow! Wow!

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti baharu Samsung, sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia korang boleh melihat maklumat lebih lanjut mengenai promosi pra-tempah juga di http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-preorder-2021/

Pra-tempah Galaxy terbaharu anda sekarang dengan klik pautan di bawah:
• Galaxy Z Flip3 5G: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/
• Galaxy Watch4 Classic: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-classic-black-bluetooth-sm-r880nzkaxme/buy/
• Galaxy Watch4: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-black-bluetooth-sm-r870nzkaxme/buy/

Bagi Galaxy Z Fold3 5G pula, anda yang ingin menikmati tawaran pra-tempahan sebanyak RM850 e-baucar dan Samsung Care+ bernilai RM799, boleh mendaftar minat anda melalui pautan ini dari 8 September hingga 21 September 2021: www.samsung.com/my/galaxy-z-fold3-register/