Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Sebab Kenapa Penjawat Awam Tidak Dapat Bonus Aidilfitri Ini

Gempak
24/03/2024 03:55 MYT
Tiada bonus untuk penjawat awam pada Aidilfitri tahun ini. Hal ini kerana, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pemberian insentif khas RM2,000 sebelum ini adalah untuk sambutan Aidilfitri.

Dapat RM2,000

"Yang dapat RM2,000 itu penjawat awamlah, untuk skim persaraan akan naik lagi.

"Jadi, berita terlalu baik untuk penjawat awam, RM2,000 itu (adalah) untuk raya sekalilah tu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan di Bazar Ramadan Mahkota Square di Kuantan, Pahang pada Sabtu.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada 15 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa agar kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri.

Tradisi perayaan

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat dilaporkan merayu supaya kerajaan mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Anwar menjelaskan, kerajaan baharu sahaja meluluskan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam berjumlah RM2,000 pada 28 Februari lalu.

"Kita baru lulus RM2,000 kepada penjawat awam dan ini lebih daripada tahun sudah.

"Kemudian dalam beberapa bulan ini kita akan luluskan skim persaraan, naikkan gaji," katanya.

Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Wanita Negeri Sembilan Boleh Balik Seawal 2PM Setiap Jumaat Sepanjang Ramadan

BERITA TRENDING: Tambang Bas Ekspres Ekonomi Naik 10%

#Penjawat Awam #Bonus #RM2000 #Anwar Ibrahim #Bonus Aidilfitri
;