Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Sebab Kenapa Siti Khadijah Kirim Doa Minta Jumpa Jodoh - “Saya Rasa Sunyi Sebab..”

Umirah Halim
10/03/2024 08:00 MYT
Pelakon Siti Khadijah mengakui sunyi adalah punca yang menyebabkan dia bertindak mengirimkan doa meminta dipertemukan jodoh kepada aktor, Aniq Suhair yang baru sahaja menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Menurut Siti atau Siti Khadijah Halim, 27, berkata pada usianya yang begini perkahwinan merupakan salah satu matlamat hidupnya.

“Sebab salah satu goal saya pun adalah untuk ada keluarga dan anak-anak.

“Saya rasa sunyi sahaja sebab kawan-kawan saya dah kahwin dan ada anak.

“Jadi saya selalu terfikir bila saya nak hantar jemputan kahwin saya pula dekat kawan-kawan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, apabila disoal mengenai kriteria lelaki idaman, Siti menjawab sikap matang merupakan salah satu ciri yang harus dimiliki oleh pasangan hidupnya.

“Dia kena matang sebab saya tak suka nak layan perangai kebudak-budakan, lebih berusia daripada saya, mempunyai emosi dan kewangan yang stabil, dominan dan sekufu.

“Yang cuba mendekati saya mungkin ada tapi saya sejenis yang tak nampak sebab kalau tanya orang yang pernah berlakon dengan saya mungkin mereka akan cakap saya ini terlalu boyish jadi keperibadian saya itu mungkin tidak digemari oleh beberapa pihak,” ujarnya.

Berita Trending: CCTV Rakam Kelibat Aliff Aziz, Ruhainies?

Berita Trending: Wanita Ini Amuk Bila Suami Curang Ketika Berpantang, Siap Bercumbu…

#Siti #Jodoh #Halim #Doa #Khadijah
;