Lakonan pelakon Zizan Razak dalam filem Merewang Keluarga Pak Awang mendapat komen positif netizen.

Jika sebelum ini Zizan dikenali sebagai Inspektor Sani iaitu seorang hero yang lucu dalam Polis Evo 3, kini terbukti anak jati Terengganu ini mampu membawakan watak antagonis dengan baik.

Bercerita mengenai Merewang Keluarga Pak Awang yang merupakan arahan pelakon Adlin Aman Ramlie, Zizan menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk menerima tawaran berlakon filem tersebut.

“Saya berminat nak ambil cerita ini apabila saya dengar ada Sabri Yunus dan juga Adlin Aman Ramlie. Mereka berdua adalah antara idola saya dalam industri seni.

“Sabri dan Adlin adalah orang yang saya buat rujukan, selalu bersoal jawab tentang apa-apa idea mengenai apa pun,” katanya ketika ditemui Gempak.

BACA: “Zizan Razak & Adlin Aman Ramlie Terbaik!” - Baru Sehari Tayang, Netizen Approved Merewang Keluarga Pak Awang Best!

Mengulas mengenai Sabri, Zizan berkata pelakon vateran itu tidak lokek dengan ilmu dan suka berkongsi pengetahuan tentang dunia seni.

“Sabri Yunus merupakan antara orang yang saya selalu rujuk dari sudut skrip dan logikal. Kalau berbicara tentang bahagian teknikal, saya ada pendapat saya sendiri.

“Tetapi jika dari sudut lakonan dan juga ‘rasa’, Sabri adalah antara orang yang selalu saya bertanya. Untuk saya banyak benda yang saya perlu gali dan korek dengan dia,” jelasnya.

BACA: Merewang Keluarga Pak Awang Papar Tradisi Kerja Kahwin, Gandingan Zizan Razak & Sabri Yunus Memang Pecah Perut!

Selain Zizan Razak dan Sabri Yunus, filem ini diperhebatkan lagi dengan lakonan yang meninggalkan kesan dari Adriana Adnan, Fabian Loo, Watie Sadali, Emelda Rosmila, Emma Sofea dan Adlin Aman Ramlie yang turut bertindak selaku pengarah.

Ini merupakan filem pertama arahan Adlin, manakala skrip oleh Amin Shakib dan cerita asal oleh Syahrul Imran Shariffuddin.

Saksikan filem Merewang Keluarga Pak Awang yang sudah berada Di Pawagam Rumah Anda iaitu Astro First sejak 15 Julai 2023.

Gunakan #MerewangKeluargaPakAwang bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.

SINOPSIS:

Merewang Keluarga Pak Awang mengisahkan tentang pesara tentera yang berpangkat komander, Pak Awang (Sabri Yunus) ingin mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya secara besar-besaran.

Dol (Zizan Razak) iaitu seorang jejaka di kampung mereka cuba untuk menggagalkan perkahwinan tersebut dan telah melancarkan pelbagai helah yang menjadikan situasi majlis perkahwinan huru hara.