Hiburan

Ini Sebab Moira Dela Torre Pilih Malaysia Jadi Lokasi Pertama Moira World Tour 2024! - "Saya Sukakan Budaya Sini..."

Amri Hassan
19/04/2024
04:37 MYT
Penyanyi terkenal Filipina, Moira Dela Torre, memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama untuk siri jelajah Moira World Tour 2024 tahun ini.
Bakal berlangsung pada 20 April (hari ini) di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam nanti, jelas Moira, dirinya sangat menggemari budaya yang ada di Malaysia.

Kenapa Moira pilih Malaysia?

Malah, bahasa Melayu dan Tagalog juga punyai banyak persamaan sekali gus mendekatkan dirinya dengan peminat di Malaysia.
"Ini merupakan konsert solo pertama saya di Malaysia, namun sebelum ini saya pernah datang ke Kuala Lumpur sekadar untuk melancong.
"Bagi saya, pemilihan Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama untuk siri jelajah konsert saya amat tepat kerana saya rasa begitu dekat dengan peminat di sini.
"Jika nak tahu, Malaysia sepatutnya menjadi lokasi terakhir untuk siri jelajah konsert saya tahun lalu, namun ada beberapa keadaan tidak mengizinkan untuk saya membuat persembahan di sini ketika itu.
"Jadi, saya mohon maaf kepada peminat yang sudah pun membeli tiket untuk menonton konsert saya tahun lalu dan inilah janji saya yang akan saya kotakan tahun ini, iaitu menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama saya memulakan konsert saya," katanya kepada Gempak.
Moira yang ditemui pada sidang media khas di Moxy Kuala Lumpur baru-baru ini turut menyatakan rasa teruja dan gementarnya.
"Sudah pasti ada rasa gemuruh untuk pertama kali bertemu peminat saya di Malaysia.
"Ramai yang sudah lama menunggu terutama sejak tahun lalu, dan pastinya ramai yang meletakkan ekspektasi tinggi untuk konsert kali ini," tambahnya.
Penyanyi kelahiran Olongapo, Filipina itu telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklan (jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa.
Segalanya bermula pada tahun 2013, apabila Moira telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Phillipines dan melancarkan EP yang pertama kemudiannya.
Kini Moira, telah memenangi pelbagai anugerah termasuk “Most Streamed Filipina Artist” Selama Tujuh tahun berturut-turut.
Moira World Tour 2024 yang bakal disertai dengan persembahan pembukaan oleh TJ dan artis tempatan Ismail Izzani dijadualkan menyanyikan lebih 20 buah lagu selama 90 minit persembahan.
Tiket berharga RM333 dan RM555 masih boleh dibeli.
Moira World Tour 2024 akan diteruskan ke California pada 18 Mei, dan Texas (1 Jun), sebelum melanjutkan jelajahnya di Kanada sepanjang Jun nanti.

PILIHAN PEMBACA: Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan

BERITA TRENDING: Viral Di TikTok, 89 Juta View Di YouTube! Lagu Bahasa Tagalog 'Pano' Nyanyian Zack Tabudlo Makin Mendunia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah

gempak
06/07/2024
18:39 MYT
Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kampung beratur untuk meminum air rendam kaki yang didakwa sebagai 'air berkah'.
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

gempak
06/07/2024
16:24 MYT
Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.
Viral

Kumpulan Remaja Tak Tahu Shah Alam Ibu Negeri Selangor, Netizen Cuba Husnuzon - "Rasanya Mereka Sangat Gementar Masa Tu"

gempak
06/07/2024
16:11 MYT
Baru-baru ini, satu video TikTok tular apabila ia menunjukkan tahap pengetahuan am dalam kalangan remaja di Malaysia.
Hiburan

Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

gempak
06/07/2024
13:30 MYT
Pesta mewah menuju perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant kembali berlangsung.
Hiburan

Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati

gempak
06/07/2024
12:55 MYT
Pada saat rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan isteri Paula Verhoeven dikhabarkan sedang bermasalah, Paula Verhoeven tenang memberi fokus terhadap dirinya sendiri