Laman Utama

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…

gempak
Mya Amri
29/05/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan yang dia memasang alunan ayat-ayat Al-Quran sepanjang menjalani penggambaran filem terbaharunya, Jemputan Ke Neraka di sebuah banglo lama di Pulau Carey, Selangor.
Menurut Sakinah, dia berbuat demikian kerana pernah mendengar pelbagai kisah seram mengenai banglo lama iaitu tempat mereka menjalani penggambaran.
“Tempat penggambaran kami adalah di sebuah banglo lama di tepi pantai. Jika melihat pemandangannya memang sangat cantik.
“Tetapi sebelum penggambaran lagi sudah banyak cerita seram yang saya dengar tentang banglo itu.
“Alhamdulillah, sepanjang penggambaran tidak ada sebarang gangguan, tidak ada kru yang dirasuk semuanya berjalan lancar.
“Kecuali disebabkan lokasinya di tepi pantai, satu hari tiba-tiba sahaja angin sangat kuat seperti ribut melanda set penggambaran.
“Kami semua berlari dan masuk ke dalam kereta dan terpaksa menunggu sehingga cuaca kembali okey. Kalau tidak rasanya mahu saya terbang dibawa angin sekali,” kongsinya.
Jelas Sakinah lagi, dia memasang ayat-ayat Al-Quran bukan sahaja kerana ingin mengelak tetapi juga untuk berasa tenang selain menjadi kelazimannya setiap kali di set penggambaran.
“Bukan di set filem Jemputan Ke Neraka sahaja saya alunkan ayat Al-Quran tetapi di set penggambaran lain juga.
“Orang kita bila saya cakap pasang ayat al-Quran mesti mereka ingat nak halau hantu sahaja, walhal banyak kebaikan yang kita dapat daripada memasang muzik.
“Kita sudah tahu itu bukan tempat kita dan dalam Al-Quran juga sudah menyebut memang ada benda-benda ghaib ini, jadi kena percaya tetapi kita pula janganlah berlebih-lebihan takut.
“Janganlah gatal kacau ‘mereka’, bersikap angkuh dan terlampau seronok ketika berada di tempat yang kita sendiri tahu adalah tempat ‘mereka’,” jelasnya.
Untuk info, Sakinah memegang watak sebagai Rania di samping barisan pelakon popular lain seperti Janna Nick, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Amy Nurtinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan Azhar Amir.
Filem bergenre seram thriller itu mengisahkan tentang sekumpulan rakan bertemu di sebuah majlis perkahwinan misteri di sebuah banglo.
Naskhah ini merupakan filem sulung pengarah Amor Rizan dan terbitan Anne Ngasri menerusi produksi AN Universal Sdn. Bhd.
Jemputan Ke Neraka akan menemui penonton di pawagam pada 22 Jun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live