Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Ini Semua Rezeki” - Syafiq Kyle Tak Rasa Kemenangan Dirampas, Bangga Dengan Aedy Ashraf

Mya Amri
12/10/2024 09:25 MYT
“Saya tak rasa pun kemenangan itu dirampas sebab saya tak menang apa-apa pun,” begitulah respons pelakon Syafiq Kyle berkenaan kemenangan aktor Aedy Ashraf semasa Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) yang berlangsung pada Jumaat.

Teruja dengan kemenangan


Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, berasa sangat teruja dengan kemenangan rakan seindustri yang lebih lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

“Alhamudulillah, saya gembira atas kemenangan Aedy dan dia pun dah terlibat dalam industri seni lebih dari 20 tahun dah.


“Semalam pun saya ada berhubung dengan dia dan dia pun kata dia gembira dengan kemengangan ini,.

“Ini semua adalah rezeki. Macam saya, keluar sampai tiga atau empat filem setahun juga adalah disebabkan rezeki. Saya tak boleh kawal semua itu,” katanya.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui Gempak semasa sesi penggambaran One Cent Thief 2, hari ini.

Naskhah bermutu


Dalam pada itu, Syafiq juga berpendapat penghasilan naskhah yang bermutu lebih penting berbanding penganugerah yang diterima kerana karya itu akan lebih diingati ramai.

“Kalau dapat penghargaan dari mulut seseorang yang memanggil kita untuk berlakon pun saya anggap itu sebagai anugerah.

“Bukan sekadar trofi semata-mata sebab trofi ini hanya melambangkan sesuatu sahaja.


“Kalau menang tapi tak bagi apa-apa khidmat kepada industri pun sama juga, tak akan membangunkan industri pun.

“Begitu juga kalau kalah tapi seseorang pelakon itu melakukan sesuatu untuk pembangunan industri lakonan, itu lebih bagus,” jelasnya.

Melihat perkara tersebut sebagai satu benda positif, Syafiq lebih bersyukur namanya lolos dalam kategori berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Diri Ini Sangat Kecil” - Lepas 24 Tahun Baru Aedy Ashraf Dapat Trofi Pertama! Hormati Pekin Sebagai Senior


“Bagi saya, dah tercalon untuk ‘top 5’ bagi kategori tersebut pun saya dah bersyukur. Apatah lagi tercalon sebaris bersama selebriti senior.

“Tak ada langsung rasa kalah atau menang, sesiapa sahaja yang dinobatkan sebagai pemenang saya tumpang gembira,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Aedy berjaya menewaskan empat persaing terdekat iaitu Syafiq Kyle, Kamal Adli, Bella Ngasri dan Pekin dalam kategori Aktor Filem Popular ABPBH36.

Selepas kemenangan tersebut, rata-rata menyuarakan tidak berpuas hati dengan kejayaan Aedy dan berharap Syafiq lebih layak menduduki kerusi pemenang.

#ABPBH #Aedy Ashraf #Syafiq Kyle #Pelakon popular
;