Juara program Big Stage, Sarah Suhairi mengakui undian TikTok memberi impak terhadap dirinya sepanjang berada di dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Menurut Sarah, 18, berkata pada awal minggu Big Stage, dia berada di antara tiga peserta yang terendah untuk undian Tiktok.

"Sarah tidak menjangkakan akan terus kekal sehingga minggu akhir kerana pada permulaannya Sarah berada di antara tiga peserta yang terendah untuk undian TikTok.

"Ketika itu, Sarah baru menapak di dalam industri nyanyian malah belum mempunyai ramai peminat lagi.

"Sarah bersyukur dari hari ke sehari ada peningkatan dari segi undian TikTok dan kekal sehingga ke minggu akhir," katanya.

Tambah penyanyi lagu Nyawa dan Raga itu berkata ia adalah pengalaman yang menyeronokkan ketika melakukan penggambaran muzik video TikTok bersama peserta yang lain.

"Sarah merasakan pengalamannya melakukan penggambaran muzik video menggunakan aplikasi TikTok bersama para peserta lain sangat menyeronokkan.

"Sarah berharap agar pengguna TikTok di luar sana akan terus melakukan perkara yang mereka sukai dan sentiasa menjadi kreatif," katanya kepada Gempak.

Walaupun undian Tiktok pada minggu akhir diungguli oleh Syafiq Farhain, tetapi rezeki berpihak kepada Sarah kerana mendapat markah tertinggi dari juri tetap.

Kesemua bintang diadili secara adil oleh juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir serta juri jemputan, Mark Adam dan Mas Idayu.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu jumlah undian TikTok pada konsert akhir Big Stage yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, semalam.

Di bawah merupakan jumlah undian TikTok finalis Big Stage:

Juara - Sarah Suhairi
Secara keseluruhan, Sarah telah mendapat 25580 jumlah undian di mana jumlah peratus 22.70% dan 6.81% dari undian 30% di aplikasi TikTok.

Naib Juara - Shafiq Farhain
Secara keseluruhan, Shafiq telah mendapat 26671 jumlah undian di mana jumlah peratus 23.67% dan 7.10% dari undian 30% di aplikasi TikTok.

Ketiga - Afieq Syazwan
Secara keseluruhan, Afieq telah mendapat 21999 jumlah undian di mana jumlah peratus 19.52% dan 5.86% dari undian 30% di aplikasi TikTok.

Keempat - Wani Kayrie
Secara keseluruhan, Wani telah mendapat 17684 jumlah undian di mana jumlah peratus 15.69% dan 4.71% dari undian 30% di aplikasi TikTok.

Kelima - Baby Shima
Secara keseluruhan, Shima telah mendapat 20765 jumlah undian di mana jumlah peratus 18.43% dan 5.53% dari undian 30% di aplikasi TikTok.

Semua finalis telah mempersembahkan dua buah lagu yang terdiri dari lagu 'cover' dan lagu baharu milik mereka sendiri.

Juara pertandingan ini telah membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Pemenang tempat kedua dan ketiga pula telah memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000 berserta trofi.

Manakala pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing telah membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini disiarkan secara langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!