Konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) bakal menyaksikan pertarungan vokal hebat antara enam bintang.

Bintang-bintang yang dimaksudkan adalah Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Noraniza Idris, Oja, Ayu Damit dan Cliff Umar.

Kali ini saingan semakin sengit apabila semua bintang dikehendaki untuk mempersembahkan dua buah lagu.

Bertemakan outstation, lagu-lagu yang diberikan bakal menguji dan memberikan cabaran hebat kepada bintang-bintang yang bertanding.

Berikut merupakan lagu-lagu yang bakal dipersembahkan mereka.

1. Muss

Rock You Like A Hurricane (Scorpion)

Kasih (Hetty Koes Endang)

2. Linda Nanuwil

Anak (Freddie Aguilar)

Teruskanlah (Agnes Monica)

3. Ayu Damit

Skyfall (Adele)

Dia (Datuk Sheila Majid)

4. Noraniza Idris

Chaiyya Chaiyya (Sukhwinder Singh, Sapna Awasthi)

Bisikan Cinta (Anita Sarawak)

5. Oja

Biso Bonar (Datuk Hattan)

Fantasia Musim Cinta (Iwan)

6. Ashira

Dont Speak (No Doubt)

Peluang Kedua (Nabila Razali)

7. Cliff umar

Hoi Fut Tin Hung (Beyond)

Tercipta Untukku (Ungu)

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.