Laman Utama
“Ini Seperti Rezeki Bulan Kelahiran…”- Tya Arifin & Suami Mengerjakan Umrah
Selebriti Indonesia yang kini menetap di Malaysia, Tya Arifin memaklumkan dia dan suami, Asyraf Khalid berangkat ke tanah suci semalam bagi mengerjakan ibadan Umrah.
Kata Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin berpeluang melakukan ibadah tersebut dianggap sebagai rezeki sempena bulan kelahirannya.
“Bismillahirahmanirrahim, insya-Allah lagi satu jam Tya akan bertolak ke Jeddah dan meneruskan perjalanan umrah.
Advertisement
“Tya mohon maaf kepada semua jika ada salah yang sengaja maupun tak sengaja…
“Kepergian ini seperti rezeki bulan kelahiran Tya, masha-Allah. Doakan Tya dan suami dipermudah umrah hingga kembali lagi ke tanah air,” tulisnya.
Menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video perjalannya dari rumah hingga ke lapangan terbang.
Pemergiannya ke tanah suci itu diraikan oleh ramai ahli keluarga serta rakan-rakannya yang menanti di lapangan terbang.
Bagaimana pun Tya terpaksa meninggalkan dua cahaya matanya Ariff Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa yang baru berusia tiga tahun.
Kemas kini tersebut juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar ibadah dan perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video