Hiburan
“Ini Stail London” - Masak Laksa Letak Mentega Kacang, Dr Amalina Bakri Kongsi Video
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi video masakannya.
Menerusi laman sosial Twitter, Dr Amalina berkongsi video laksa stail London untuk tatapan umum.
“I cooked laksa from scratch for dinner last night, it was so good,” tulisnya.
Menerusi kicauan itu, seorang pengguna bertanyakan soalan tentang bahan-bahan yang digunakan untuk masakan laksa tersebut.
“Doktor, macam mana dapat bunga kantan? Di Malaysia harga RM2 sekuntum. Di United Kingdom entah berapa harganya,” tulis pengguna tersebut.
Kicauan tersebut menarik perhatian Dr Amalina sehingga membuatkan dia turut berkongsi video masakannya.
Menerusi video berdurasi 10 saat itu, menunjukkan spaghetti yang digaul bersama kuah pekat berwarna kuning.??? pic.twitter.com/gAh6pnNqA2— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 5, 2019
“I don’t even use bunga kantan, it’s London-styled laksa. I also put a bit of peanut butter,” tulisnya menjawab pertanyaan pengguna tesebut.
Rata-rata wargamaya terhibur dengan video masakan tersebut dan ada yang meminta Dr Amalina berkongsi lebih banyak aksi di dapur rumahnya di London.
Malah, ramai juga yang meminta resipi laksa stail London yang dikatakan sedap itu.
Video tersebut sehingga kini telah menerima hampir 10,000 tontonan.
Must-Watch Video