Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Ini Terlalu Sukar Dan Di Luar Jangkaan Saya" - Arja Lee Tertekan Belajar?

ZULHILMI JALIL 13/11/2019 | 23:25 MYT
Pelakon Arja Lee memberi bayangan kepada umum bahawa dia kini berdepan dengan kehidupan yang sukar dan penuh tekanan.
Biarpun tidak menyatakan secara jelas hal yang membelenggu dirinya itu, ramai menganggap ia mempunyai kaitan dengan komitmennya untuk menamatkan pengajian di peringkat Sarjana.
Luahan itu dikongsikan Arja atau nama sebenarnya, Azharudin Ramli, 36, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
"Saya tahu ini bukan perjalanan yang mudah buat saya. Bukan sesuatu yang boleh atau semampunya saya harungi tapi harus saya lalui dan harus untuk saya menamatkannya.
"Ini terlalu sukar dan diluar jangkaan saya. Hanya saya dan diri saya yang dapat memahami yang mengerti apa erti semua ini. Hanya saya dan bukan sesiapa pun!," tulisnya.
Pelakon drama Plan Cinta Tak Jadi itu memberitahu bahawa wajah gembira yang sering dipapar juga bukanlah menggambarkan situasi sebenar dirinya.
"Senyuman ini ternyata bukan senyuman yang biasanya terlihat di wajah saya. Ini senyuman yang menyimpan sejuta kesakitan kesengsaraan kepahitan juga suara-suara memberontak menjerit memekik sakit!," luahnya.

saya tahu ini bukan perjalanan yang mudah buat saya bukan sesuatu yang boleh atau semampunya saya harungi tapi harus saya lalui dan harus untuk saya menamatkannya. Ini terlalu sukar dan diluar jangkaan saya . hanya saya dan diri saya yang dapat memahami yang mengerti apa erti semua ini hanya saya dan bukan sesiapapun!!!!! . senyuman ini ternyata bukan senyuman yang biasanya terlihat di wajah saya. Ini senyuman yang menyimpan sejuta kesakitan kesengsaraan kepahitan juga suara suara memberontak menjerit memekik sakit!!!

A post shared by Arjalee (@arjalee) on

Dakwaan mengatakan dia berdepan kesukaran dalam meneruskan pengajian semakin kuat apabila sehari sebelum itu, Arja berkongsi masalah kegagalannya menyiapkan tugasan mengikut waktu.
"Ini muka bila assignment banyak tak siap tertangguh dek pelbagai sebab lepas tu terpaksalah submit lewat mintak maaf dengan pensyarah. Nasib baik pensyarah memahami. Parah!," kongsinya.
Bagaimanapun, status Arja itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mereka memberikan kata semangat agar pelakon drama Misiku Kuza itu terus cekal berdepan dengan segala cabaran.
"Abang Arja! Jangan putus asa Abang Arja ! Kalau penat kita rehat dulu, bukan berhenti!
"Anda boleh melakukannya!," tulis sebahagian netizen.
Arja kini sedang menyambung pengajian diperingkat Sarjana dalam bidang teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
BACA: Nafi Merajuk Dengan Bidang Seni, Arja Lee Sambung Belajar Peringkat Master
#pelakon #Arja Lee #Pelakon
;