Sejak ditayangkan, filem Hantu Bonceng 2.0 menjadi pilihan ramai untuk menonton bersama keluarga.

Dibintangi oleh Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Shiha Zikir, Joey Daud dan Atu Zero, Hantu Bonceng 2.0 memberikan elemen komedi yang cukup dengan rencahnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, namun inilah beberapa trivia menarik tentang Hantu Bonceng 2.0.

1.Merupakan sekuel kepada filem pecah panggung, Hantu Bonceng pada tahun 2011.

2. Selepas 10 tahun, Zizan dan Taiyuddin kembali bersatu dalam Hantu Bonceng 2.0.

3. Menampilkan juga pelawak berbakat lain iaitu Amir Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba, Sangeeta Krishnasamy.

4.Kalau nak tahu watak Amran ini merupakan watak kesayangan Zizan.

5.Menariknya ini merupakan filem pertama lakonan Shiha Zikir guys!

6.Selain berlakon, Shiha juga turut menyumbangkan suara merdunya untuk OST Hantu Bonceng 2.0 bertajuk AEWO bersama Noki.

7. Sesi penggambaran telah dijalankan sepenuhnya di Bukit Fraser, Pahang selama 30 hari.

8. Selain itu, sesi penggambaran Hantu Bonceng 2.0 dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan patuhi SOP yang ditetapkan.

9. Disebabkan gelagat Zizan yang lucu, Shiha dan Taiyuddin ‘terseksa’ menahan ketawa sewaktu melakonkan babak bersama pelawak tersebut.

10. Terima kasih toq! Hantu Bonceng 2.0 telah meraih RM1 juta lima hari tayangan. Lovenya!
Saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda bermula 11 Februari 2021, di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.