Bintang Indonesia, Tya Ariffin telah dilantik menjadi Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019 oleh Hospital Kuala Lumpur.

Tya yang juga merupakan menantu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu akui berbangga dengan pelantikan tersebut.

Menurut Tya, pelantikan itu juga adalah untuk mewakili ibu-ibu lain yang berjuang memberikan susu ibu kepada anak-anak mereka.

“Hari ini menjadi hari yang sangat indah untuk Tya. Terima kasih Hospital Kuala Lumpur telah menyematkan •“ICON BREASTFEEDING 2019”• (Icon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019) kepada Tya.


“Suatu penghormatan dan kebanggaan tersendiri untuk Tya. Dan juga suatu semangat yang berkobar lagi untuk Tya berbagi My Journey @journeywithtya tentang breastfeeding dan parenting kepada semua ibu ibu muda semua diluar sana.


“Ini untuk ibu-ibu di luar sana yang sudah berjuang memberikan susu Ibu kepada anaknya dan bersama Journey With Tya @journeywithtya ,” tulisnya.

Tya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut Tya turut memuat naik fotonya bersama kain selempang yang tertetara Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019.

Rata-rata pengikutnya turut gembira dengan pelantikan tersebut dan berharap Tya terus semangat berkongsi aura positif kepada ibu-ibu yang berjuang memberikan susu ibu untuk anak-anak mereka.

Terdahulu, Tya sering berkongsi semangat dan komitmennya di dalam memberi susu badan secara eksklusif kepada anak-anaknya.

Tya mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 1 November 2015. Hasil perkonhsian hidup itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Ariff Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, 1.

Terimakasih semua yang sudah mendukung dan mendoakan yang terbaik. Tya yakin semua ibu-ibu menginkan memberi air susu badan ibu secara ekslusif. Mari bersama kita saling bertukar cerita dan saling berbagi, Tya share My Journey Ekslusif di @journeywithtya . Silahkan follow, bertanya atau bercerita. Love you Moms. You Are Not Alone ?

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on