“Ini Untuk Mama” - #SPM2017 Wani Kayrie Dapat 7A!

Rozaimi Zubaidi
Mac 15, 2018 06:37 MYT
Penyanyi Wani Kayrie akui gembira kerana meraih keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
Wani berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi.
“Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan atau meletakkan harapan tetapi berjaya mendapat 7A daripada 9 subjek mata pelajaran sudah cukup untuk saya.
“Tahniah semua batch 2000, ini untuk mama @kaysabah” tulisnya.
Ruangan komen foto tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada peminatnya termasuk rakan-rakan selebriti seperti Ayda Jebat, Zalif Sidek dan ramai lagi.
Foto: Instagram @wanikayrie
Teks oleh: Mya Amri
#Penyanyi #Penyanyi #SPM #Wani Kayrie #Sijil Pelajaran Malaysia