Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Ini Waktu Yang Sukar ..." - Maryam Masih Bersedih Selepas Kontroversi Suami, Netizen Pesan Jaga Diri & Bayi

Amri Hassan
02/06/2021 00:25 MYT
"Ini waktu yang sukar dan menyedihkan, tetapi saya bersyukur," demikian ayat yang ditulis wanita kelahiran Korea Selatan, Maryam You Narae yang sebelum ini pernah terpalit kontroversi suaminya, Ryzal Ibrahim menghina pakaian tradisional Sarawak.

Maryam menerusi hantaran di Instagramnya seakan-akan memberikan bayangan luahan perasaannya dan situasi yang sedang dilalui bersama bayi yang dikandungnya.

Tambah Maryam, situasi itu membuka matanya betapa Allah sayangkan dirinya ketika berdepan ujian dan musibah.

"Allah membuatkan saya tahu bertapa dia sayangkan saya sebagaimana banyaknya kebaikan dan kasih sayang yang orang sekeliling berikan.

"Terima kasih kerana mengisi kekosongan hati saya ketika saya membenci diri sendiri," tambahnya.



Dalam pada itu, kata Maryam dia akan cuba menjadi individu yang sentiasa menyuburkan kasih sayang sepertimana yang diperolehinya ketika ini.

Coretan hati Maryam itu sedikit sebanyak merisaukan peminatnya termasuk keadaan bayi yang sedang dikandungnya justeru, ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat serta nasihat kepadanya.

Malah, tidak kurang juga yang turut memaafkan khilafnya terdahulu selain mendorongnya untuk kekal positif dan menjaga dirinya.

"Its okey Maryam, saya Sarawakian dan sudah maafkan kalian berdua.

"Kekal kuat Maryam, kamu boleh melalui ujian ini.

"Allah sayang sebab tu Allah bagi ujian.

"Jangan bencikan diri sendiri, kamu berharga!" tulis netizen.

Minggu lalu tular di media sosial apabila suaminya, Ryzal Ibrahim terlanjur bicara apabila memberikan pandangan yang mengguris hati ramai mengenai pakaian tradisional Ngepan Iban dari Sarawak.
#Viral #Sarawak #Duriankimchi #Ryzal Ibrahim #Iban #Maryam You Narae