Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Yang Akan Berlaku Jika Persenda Kalimah Allah Di Dubai

Mya Amri
20/03/2024 13:55 MYT
Jutawan internet dan ahli perniagaan, Irfan Khairi mendedahkan hukuman yang berat akan dikenakan bagi penghina kalimah Allah di Dubai.

Irfan yang kini menetap di Dubai berkata hukuman itu termasuklah didenda hingga RM2 juta dan boleh dipenjara sehingga lima tahun.

“Isu panas kalimah Allah pada stokin memang menimbulkan kemarahan bagi kita rakyat Malaysia terutamanya beragama Islam. Saya yang jauh kat Dubai ni pun terasa panas juga.

“Tapi apa yang saya nak kongsikan adalah bila berlakunya kesalahan begini di Dubai, undang-undang sini jelas dan tegas jatuhkan hukuman 1-5 tahun penjara dan saman RM300,000 hingga lebih RM2 juta jika menghina Allah, Rasul, Nabi, Quran dan masjid.

“Sehingga jika menghina agama di FB pun, hukuman dikenakan. Dan beberapa kali juga ini berlaku sepanjang beberapa tahun ini saya di Dubai,” jelasnya menerusi perkongsian di Instagram.

A post shared by Irfan Khairi (@irfan_khairi)

Jelas Irfan lagi, undang-undang di negara berkenaan sangat tegas dan hukuman tetap akan dikenakan terhadap mereka yang menghina kalimah Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

“Undang-undang di sini adalah sangat tegas! Pernah berlaku seorang pekerja Engineer mat salleh dari UK, yang bekerja di projek sebuah masjid di sini.

“Dia sedang marah dan tercarut di kawasan masjid tersebut (tempat dia bekerja). Tercarut di kawasan masjid pun, dia dipenjarakan!” kongsinya.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan kewujudan stoking tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di rangkaian kedai runcit terbabit.

Bagaimanapun, KK Mart kemudiannya tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking di satu daripada cawangannya.

#Viral #Kalimah Allah #Tular #Dubai #Irfan Khairi
;