Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

"Inikah Melayu Islam, Memuja Syaitan!" - Imej Aepul Drama Band Masih Jadi Bualan, Netizen Seru Mufti Bersuara

Amri Hassan 11/02/2020 | 09:34 MYT
Dua hari Anugerah Juara Lagu ke-34 berlalu namun nama Drama Band masih menjadi sebutan netizen.
Bukan kerana persembahan semata-mata tetapi imej vokalisnya, Aepul Roza yang dianggap keterlaluan oleh segelintir netizen.
BACA: "Hasil Nak Siapkan Hampir 2 Jam Setengah.." - Jurusolek Takut Biji Mata Aepul (Drama Band) Jatuh Masa AJL34
Lebih mengejutkan apabila ada yang beranggapan imej terbabit seolah-olah terpesong akidah.
"Inikah umat Melayu Islam, memuja syaitan. Majoriti menjayakan Melayu Islam.
"Apa pendapat menteri agama? Bukan nak kutuk tanya pendapat terutama mufti yang hebat-hebat ni?" soal pemilik akaun @HalimOsman11 di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Entri tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen hingga ada juga yang mengaitkan imej tersebut dengan prinsip ajaran Freemason.
"Kostum mereka ni mengingatkan kepada satu band rock dari luar negara, memang pelik tapi sama dengan Stupidest ni pakai dan solek, memuja syaitan," tulis @zeineharun.
"Merosakkan industri seni negara," sahut @ritzramo.
Bagaimanapun, ada yang beranggapan imej itu hanyalah konsep persembahan pentas yang bersesuaian dengan mesej dalam lagu yang bersifat hiburan semata-mata.
"Apa syaitan? Ini animelah. Tahu tak anime tu apa?" soal @AdikQemall.
"Saya rasa kata memuja tidak sesuai. Shinigami ini popular di Jepun, namun make-up ini popular dalam kalangan pelagu rock," kata @1967_mohan.
"Itu kostum tak ada pun dia seru-setu syaitan. Itu karakterr dalam anime Death Note saja," tulis @aidifiq.
"Pada pendapat saya ada ustaz bagitahu, setakat animation dalam TV tak salah tetapi sesiapa yang menghidupkan watak tersebut, iaitu berpakaian seperti watak tersebut haram," tambah @ZikreyMohammad.
#Viral #Drama Band #Viral #Aepul Roza
;