"Inilah Definisi Berpakaian Tapi Bogel" - Pakai Seluar Warna 'Nude', Sherry Ibrahim Jadi Mangsa Kecaman Netizen

Hanafis Haris
Februari 23, 2020 07:20 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim dikecam selepas memuat naik gambar memakai seluar sukan berwarna ‘nude’.
Gambar berkenaan dimuat naik menerusi satu posting di Instagram Sherry, semalam.
Rata-rata pengikutnya mengkritik dan mendakwa Sherry seolah-olah tidak peka dengan menyarungkan seluar yang menyerupai warna kulit dan tidak bersesuaian dengan imej wanita bertudung.
Lebih teruk lagi ada juga yang mengatakan Sherry seolah-olah ‘berbogel’ kerana seluar tersebut dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang menasihatkan Sherry supaya berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik gambar berkenaan kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah.
Berikut antara komen dan kecaman netizen: