Hiburan
"Inilah Gaji Aku, Tak Banyak Tapi..." - Joey BPR Hanya Terima Bayaran RM666? Biar Betul?
Penyanyi kumpulan Bumi Putra Rockers atau BPR, Joey terpaksa akur apabila hanya menerima RM666 selepas menjayakan Konsert Jelajah 1,000 Tahun Takkan Mungkin BPR di Roof Top, City Plaza, Johor Bahru pada 28 Disember lalu.
Perkongsian itu diluahkan menerusi satu posting berserta sekeping gambar di Facebooknya.
Menurut Joey, jumlah berkenaan merupakan pendapatan bersih diterimanya selepas ditolak dengan kos yang berkaitan termasuklah peninapan hotel.
"Inilah gaji aku, tak banyak namun aku gembira. Susah payah aku naikkan BPR tapi ada anasir menjatuhkan kata BPR bubar.
"Kini menjadi tugas aku untuk menaikkannya semula dan album BPR berjudul Sayonara bakal dipasarkan. Memuatkan 10 lagu tidak lama lagi," katanya.
Tambah Joey, 56, atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 56, biarpun tersungkur dan perlu merangkak, dia tetap akan berjuang.
"Tapi bila aku berdiri nanti, kau takkan berupaya mengejar aku.
"Aku tahu, satu hari nanti Allah akan menarik semuanya. Sampai masanya, bila aku bangun pagi, aku tak upaya untuk menyanyi lagi.
"Tapi sebelum itu aku takkan menyerah kalah. Seribu tahun takkan mungkin," katanya.
Difahamkan, anggota lain kumpulan turut menerima jumlah bayaran lebih kurang sama.
Anda boleh lihat posting di bawah.