Penyanyi dangdut, Amelina mendedahkan realiti sebenar keadaannya disebalik kamera selepas mengadakan persembahan.

Menurut Amelina di hadapan kamera dia perlu kelihatan seperti ‘superstar’ tetapi hakikatnya hanya dia yang merasainya.

“Depan kamera bukan main bergaya naww, nyanyi macam superstar.

“Tapi inilah hakikat di sebalik kamera, realiti seorang penyanyi dangdut! Sumpahhhhh mengah dan semput sangat sebenarnya tauuuu..”tulisnya.

Penyanyi lagu Asyik itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video dirinya yang keletihan selepas tamat persembahan.

Dari video tersebut, menunjukkan bekas bintang Gegar Vaganza 5 (GV5) segera menanggalkan kasut tumit tingginya dan terduduk kerana keletihan.

Rata-rata pengikutnya memuji semangat Amelina membuat persembahan dalam mencari rezeki sebagai penyanyi.

Depan kamera bukan main bergaya naww, nyanyi mcm superstar. Tapi inilah hakikat di sebalik kamera, realiti seorang penyanyi dangdut! ??? Sumpahhhhh mengah & semput sgt sebenarnya tauuuu.. . Suara latar & tukang rakam acah2 concern tu adalah @izzwan_shahzerill ?? Makeup by @fir_myn . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #RatuDangdutOnMic #AmelinaShowtime #BehindTheScene #UnpluggedRia @amelinasoul @amelinasoulnorthern @mindorder

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on