,
Laman Utama

Inilah Pengasuh Aafiyah, Cantiknya! Dayah Zubit Dedah Keperibadian Datuk Siti - "Macam Mana Kita Lihat Di IG..."

Mya Amri
14/10/2020
09:45 MYT
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan wanita cantik yang membahasakan dirinya sebagai kakak kepada anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.
Kalau nak tahu, pemilik nama Dayah Zubit ini merupakan pengasuh kesayangan Aafiyah.
Menerusi perkongsian di portal InTrend, Dayah membuka cerita mengenai kisahnya bersama dengan keluarga Datuk Siti Nurhaliza.
Ini merupakan fakta-fakta dan perkongsian Dayah mengenai pengalamannya diterima sebagai pengasuh Aafiyah.
1.Dayah berusia 24 tahun dan berasal dari Padang Serai, Kedah.
2.Mempunyai diploma dalam bidang Kejururawatan. Dayah mencuba nasib menjadi pengasuh selepas mendapat tahu mengenai Datuk Siti sedang mencari jururawat peribadi. Namun pada ketika itu dia tidak mengetahui tugasan untuk menjada Aafiyah.
3.Dayah menghubungi pengurus Datuk Siti, Kak Rozi dan Kak Rozi menyuruh Dayah datang terus ke rumah Mak Iti (panggilan mesra Datuk Siti) untuk sesi temuduga.
4.Nervous! Itu perasaan yang digambarkan Dayah sebaik tiba di rumah Siti. Dayah kemudiannya ditemuduga oleh Mak Iti dan Datuk K.
5.“Dayah diberi pilihan sama ada mahu duduk sekali atau balik hari tapi kalau ikut daripada butir bicara Mak Iti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiada ada bersama Aafiyah walau ke mana Aafiyah pergi. Jadi, Dayah pun fahamlah,” ujarnya.
6.21 Mei 2018 bermulalah kerja baharu Dayah sebagai pengasuh kepada Aafiyah.
7. “Tidak dinafikan, perasaan berampur-baur. Bukan apa, risaulahkan ini bukan tugasan mudah, kita diamanahkan menjaga anak orang, apatah lagi anak kepada orang terkenal. Risau kalau apa yang akan kita beri tidak menepati ‘standard’ yang dimahukan. Namun, perlahan-lahan, Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan memudahkan urusan Dayah,” jelasnya.
8.Pada awalnya dia berasa kekok namun dia bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Siti dan Datuk K. Kata Dayah, Siti memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya sentiasa berasa selesa seperti keluarga sendiri dan tidak terasing.
9.Menurut Dayah, Siti merupakan seorang ibu yang lembut, seperti mana yang kita tengok di Instagram, begitulah cara dia melayani Aafiyah.
10.Dayah menerima tawaran dari KKM untuk jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bahagi dan akhirnya menolak tawaran tersebut kerana kasih sayangnya terhadap Aafiyah.

Eid Adha 2020 with this little princess ?✨

A post shared by MT11 ? (@dayahzubit) on

Terdahulu Dayah juga pernah merakamkan video pendek gelagat Aafiyah melakukan #patiencechallenge (ujian kesabaran) yang tular sekitar Mei lalu.
BACA: “Sabar Macam Tok Ti, Muncung Tu Nak Pergi Mana” - Aafiyah #PatienceChallenge, Ini Hasilnya
Sumber: InTrend
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kekal Tersenarai Antara 500 Muslim Berpengaruh, Siti Nurhaliza Anggap Penghargaan Selari Dengan Usaha Bantu Palestin - “Saya Ada Tanggungjawab Di Sana…”

gempak
10/10/2024
09:25 MYT
10 tahun berturut-turut tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi 2025, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur atas penghargaan itu.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.
Hiburan

Umai Mendonia! Bawa Nama Malaysia Ke WCOPA 2024 Di US Dengan Lagu Cindai, Netizen Terpegun - “Merdunya Suara, Flying High Macam Makcik Awak”

gempak
03/07/2024
07:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, telah mewakili Malaysia dalam kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.
Hiburan

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

gempak
23/04/2024
07:55 MYT
Kalau ada rezeki, ada.
Unitar